Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Masagos: Lawatan pererat hubungan SG, M'sia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Masagos: Lawatan pererat hubungan SG, M'sia

Feb 05, 2022 | 05:30 AM

MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, bertemu Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato' Seri Hamzah Zainudin, semalam.

Mereka disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan, dalam lawatan kerja ke Kuala Lumpur dari semalam hingga esok.

Mengulas tentang hari pertama lawatannya, beliau menulis di Facebook:

"Saya gembira dan bersyukur kerana berpeluang untuk meneruskan usaha bagi memperbaharui hubungan dua hala serta mengikuti perkembangan terkini di antara kedua-dua negara kita, termasuk hal penyambungan semula perjalanan VTL (Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi)."

Mengenai pertemuannya dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, semalam, Encik Masagos berkata Singapura dan Malaysia berkongsi visi sama memperkasa keluarga memerlukan.

"Walaupun kami mungkin menghadapi cabaran yang berbeza dalam persekitaran luar bandar dan bandar, kami berkongsi visi yang sama untuk memperkasa dan memperkukuh keluarga yang memerlukan dalam komuniti masing-masing. Cara penyelesaian kami berfokus untuk mewujudkan peluang bagi semua lapisan masyarakat," ujarnya.

Beliau, dijadualkan bertemu juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Encik Idris Ahmad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Sekitaran dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3