RANG Undang-Undang Pencegahan Penyeludupan Manusia (TIP) bertujuan melindungi mangsa dan memberikan mereka sokongan agar tidak terus dieksploitasi, kata Menteri Negara Kanan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Memberitahu Parlimen semalam, beliau menekankan pemerintah memandang serius kegiatan TIP dan melindungi mangsa penyeludupan merupakan satu keutamaan.