Masagos: M³ mahu ajak masyarakat lakar dasar bersama , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Masagos: M³ mahu ajak masyarakat lakar dasar bersama

Dec 21, 2019 | 08:46 PM

SATU program baru akan dilancarkan tahun depan untuk menggalak masyarakat menyertai proses menghasilkan dasar bersama pemerintah tahun depan.

Mengumumkan demikian dalam satu wawancara sebagai melabuh tirai perkembangan masyarakat Melayu/Islam sepanjang 2019, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata program oleh M Kuasa Tiga (M³) yang dinamakan Ciptasama@M³ itu akan diterajui oleh Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad.

Membentangkan rancangan M³ – yang merangkumi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) – bagi 2020, Encik Masagos berkata satu forum juga akan dianjurkan Februari nanti, dengan menghimpunkan semua pihak yang terlibat dengannya termasuk relawan dan rakan kerja untuk berkongsi amalan terbaik daripada kesemua lapan M³@Bandar yang telah dibentuk di serata Singapura.

Tahun depan, Mendaki juga akan menubuhkan Pejabat Mentoring Belia dengan sokongan agensi M³ bagi memupuk budaya mentoring yang kukuh dalam kalangan masyarakat serta membina ekosistem mentor sukarela yang terlatih bagi golongan belia.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map