Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Masagos: M³@Bandar beri ruang bagi sukarelawan sumbang kepada masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Masagos: M³@Bandar beri ruang bagi sukarelawan sumbang kepada masyarakat

Jan 27, 2022 | 05:30 AM

LEBIH 600 sukarelawan telah mendekati 53,000 penduduk di 11 M³@Bandar dalam tempoh tiga tahun lepas, kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Beliau menambah, M³@Bandar telah menyediakan ruang bagi sukarelawan berkumpul untuk berkhidmat kepada masyarakat Melayu/Islam.

Beliau berkata demikian semalam di Facebook ketika berkongsi siri video M³ berjudul Jom Singgah, yang memaparkan usaha berbeza yang dilakukan di setiap M³@Bandar melalui lensa sukarelawannya.

Misalnya, dalam siri M³@Jurong, hos, Cik Huda Ali, bertemu dengan mentor belia, Cik Dian Atiqah, yang berkongsi secara terus terang tentang peluang untuk memperkasakan belia di bawah Project SOAR, dan beberapa cabaran yang dihadapinya.

Menjadi mentor belia telah memberi manfaat kepada Cik Dian lebih daripada sumbangan beliau - ia mengajar beliau untuk lebih bersabar dan bagaimana untuk berkomunikasi secara berkesan dengan mentinya, tulis Encik Masagos.

Beliau menambah:

"Para mentor memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong dan membimbing belia kita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya."

Sementara itu, duta-duta blok M³@Tampines pula telah mendekati lebih 200 keluarga.

Peranan para duta ini ialah untuk menggalak semangat kejiranan dan melibatkan penduduk melalui lawatan rumah ke rumah, mengenali mereka dengan lebih baik, memahami cabaran mereka, dan menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, mereka juga berkongsi maklumat mengenai pelbagai skim bantuan yang terdapat di peringkat nasional dan setempat.

Dalam siri tersebut juga, duta, Ridzuan dan Kelane, berkongsi beberapa keprihatinan yang ditimbulkan oleh para penduduk seperti warga emas dengan isu kesihatan, cabaran ibu atau bapa tunggal membesarkan anak-anak kecil dan pasangan-pasangan yang memikul tanggungjawab sebagai penjaga anggota keluarga.

"Saya bersyukur kerana kita mempunyai duta-duta blok yang sentiasa mengambil berat tentang jiran mereka dan masyarakat umumnya," ujar Encik Masagos, sambil menambah beliau "amat berbangga dengan kakitangan dan sukarelawan kita yang menerajui pelbagai program untuk mendekati masyarakat".

Beliau turut menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat memainkan peranan dengan menyumbang kepada usaha-usaha sosial untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Saya galakkan lebih ramai karyawan dan anggota masyarakat untuk tampil ke hadapan sebagai sukarelawan di M³@Bandar yang terdekat," katanya.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk menjadi sukarelawan M³@Bandar boleh melungsuri www.m3.gov.sg/be-a-volunteer.


"...(Saya) amat berbangga dengan kakitangan dan sukarelawan kita yang menerajui pelbagai program untuk mendekati masyarakat.

...Saya galakkan lebih ramai karyawan dan anggota masyarakat untuk tampil ke hadapan sebagai sukarelawan di M³@Bandar yang terdekat."
- Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3