Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU 377A DAN USAHA PERKUAT INSTITUSI KELUARGA

Masagos: Masyarakat kekal sepadu tangani perkembangan

Aug 29, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam kekal bersepadu mengorak langkah menghadapi isu berkaitan pemansuhan Seksyen 377A, berbekalkan bimbingan asatizah dan kesatuan kepimpinan keagamaan dan masyarakat yang utuh.



Kesatuan yang dipaparkan ini merupakan kunci utama dalam penyelesaian masalah serta dapat menjadi pemangkin untuk masyarakat Melayu/Islam terus maju dan menjadi contoh bagi masyarakat lain.



Keberkesanan perpaduan tersebut dalam menghuraikan masalah ini jelas dilihat dalam usaha menangani wabak Covid-19, di mana sikap saling percaya dan mempertahankan kepentingan satu sama lain membantu masyarakat mengatasi tempoh sukar tersebut, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Berkata demikian dalam sesi perbincangan pasca Rapat Hari Kebangsaan berhubung isu pemansuhan Seksyen 377A anjuran Berita Harian baru-baru ini, Encik Masagos berkata kesatuan dalam masyarakat jelas dilihat melalui tindakan pemimpin agama dan masyarakat yang berani tampil menjelaskan mengapa langkah pemerintah itu perlu disokong.



"Saya harap masyarakat kita rasa sangat beruntung kerana pihak agamawan, pihak perundangan, dan pihak pemimpin masyarakat (semua menyumbang) dalam hal ini dan saya merasakan kesatuan yang begitu kuat.



"Kita boleh menjadi contoh kepada masyarakat lain, di mana kita tunjukkan kesatuan ini yang boleh membawa masyarakat kita ke hadapan," katanya.



Dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini, Encik Lee berkata Seksyen 377A dalam Kanun Jenayah akan dimansuhkan, yang bermakna seks sesama lelaki tidak lagi dianggap jenayah pada masa depan.



Namun, Encik Lee turut mengumumkan hasrat pemerintah mahu melindungi institusi perkahwinan di Singapura - sebagai antara seorang lelaki dan seorang perempuan - menerusi pindaan Perlembagaan.



Meskipun kumpulan berbeza dalam masyarakat mempunyai keinginan dan kepentingan berbeza dalam mengimbangi isu ini, masyarakat harus terus bersatu dan tidak berpecah belah untuk melangkah ke hadapan bersama sebagai satu negara, menurut anggota panel yang menyertai perbincangan itu yang berlangsung di pejabat SPH Media di Toa Payoh North.



Selain Encik Masagos, ia turut disertai Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy; Naib Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Kalthom Muhammad Isa; pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sorip, dan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.



Ustaz Irwan Hadi dan Ustazah Kalthom menyertai perbincangan tersebut dalam rangka peribadi.



Moderator perbincangan itu ialah Encik Nazri Hadi Saparin, Penolong Kepada Editor Berita Harian/Minggu.



Encik Masagos menggesa masyarakat Melayu/Islam untuk terus bersatu dan menyelesaikan masalah yang timbul dengan tenang.



"Saya bersyukur dalam masyarakat Melayu/Islam kita ini ada pimpinan para asatizah, penjelasan dari peguam-peguam yang faham tentang mengapa (perubahan) ini berlaku, serta pemimpin masyarakat yang keluar dan berani menyatakan mengapa kita harus bertenang dan menyokong tindakan tersebut.



"Masyarakat kita perlu bersatu menyelesaikan sesuatu yang kalau kita biarkan, akan keterlaluan dalam masa-masa akan datang," ujarnya.



Laporan disiarkan hari ini merupakan bahagian kedua laporan mengenai perbincangan itu.



Dalam laporan disiarkan semalam, Encik Masagos menyatakan masyarakat Islam menolak dan tidak boleh menerima gaya hidup LGBTQ kerana ia melanggar ajaran agama, dan prinsip masyarakat mengenai hal ini tidak boleh dikompromi.



Tetapi, pada masa yang sama, masyarakat tidak harus menyisihkan golongan tersebut, sebaliknya mengambil sikap akomodasi kerana golongan ini adalah sebahagian masyarakat Islam.



Pendekatan berprinsip sedemikian juga dicerminkan dalam langkah pemerintah mahu meminda Perlembagaan untuk melindungi takrif perkahwinan daripada dicabar di mahkamah, sedang ia merancang memansuhkan Seksyen 377A.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >