Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Masyarakat main peranan henti berita palsu

Beri peringatan ekoran timbul berita palsu mengenai pemergian Ustaz Pasuni Maulan
Jun 10, 2019 | 05:30 AM



MASYARAKAT memainkan peranan penting untuk menghentikan penyebaran berita palsu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Mengaitkannya dengan penyebaran berita palsu tentang pemergian ustaz terkenal, Ustaz Pasuni Maulan, Encik Masagos berkata masyarakat mempunyai pilihan sama ada untuk menyebarkan maklumat yang diberikan atau sebaliknya.



Memberi komennya menerusi Facebook beliau, Encik Masagos berkata penyebaran berita palsu adalah satu masalah khusus dengan penggunaan telefon bijak yang kian meningkat, dan perlu dikawal.



"Di hujung minggu ini, terdapat suatu berita palsu yang disebarkan menyatakan Ustaz Pasuni Maulan telah kembali ke Rahmatullah.



"Ini adalah satu contoh berita palsu yang lazim pada kebelakangan ini. Berita palsu ini cuba membuat masyarakat meratapi pemergian seseorang.



"Mujur kali ini ramai terjaga dan membetulkannya. Syabas!," jelasnya.



Namun Encik Masagos berkata berita palsu seterusnya mungkin boleh menyebabkan kemarahan dalam kalangan kaum sehingga ada yang mengambil tindakan dan mengganggu keharmonian yang dinikmati hari ini.



"Masyarakat memainkan peranan penting untuk menghentikan penyebaran berita palsu.



"Kita mempunyai pilihan sama ada untuk menyebarkan maklumat yang diberikan atau sebaliknya," jelasnya.



Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar tidak panik apabila membaca berita-berita sebegini.



"Sebelum kita 'share' berita tersebut, dapatkan pengesahan daripada sumber yang boleh dipercayai.



"Perhatikan dari mana berita berasal dan siapa sumbernya. Jangan menyebarkannya hanya kerana rakan anda turut berbuat demikian. Lebih baik lagi kita betulkan kepalsuan dari menyebarkannya," jelasnya.



Berita palsu itu yang dipercayai bermula kelmarin menyatakan bahawa pendakwah dan kadi setempat, Ustaz Pasuni, telah meninggal dunia.



Namun Naib Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan majlis tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berusia 74 tahun itu yang dihubungi wartawan pagi semalam menepis berita tersebut dan menganggapnya berita palsu.



"Ramai yang telefon dan ada juga sampaikan ucapan takziah pada saya. Padahal saya sihat," jelas Ustaz Pasuni dengan tenang.



Malah anak lelakinya, Ustaz Syakir Pasuni, 36 tahun, dalam Instagram beliau menyatakan yang berita tersebut tidak benar.



"Alhamdullilah, semoga Allah panjangkan usia Ustaz Pasuni," katanya dalam komennya itu.



Mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Ustaz Sallim Jasman, menasihatkan agar tidak mudah percaya atau menyebarkan berita sedemikian.



"Sebaiknya periksa dahulu kesahihannya sebelum membuat sebarang komen atau pun menyebarkannya," jelasnya.



Baru-baru ini, Parlimen meluluskan Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (POFMA).



Undang-undang itu bermatlamat membendung penyebaran berita palsu secara online dengan menggunakan kaedah kawal selia dan menjadikan ruang siber wadah lebih selamat.



Laporan lain: Ustaz Pasuni: 'Saya masih boleh berlari lagi!'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >