Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Mesra akan terus tarik Melayu sertai dan manfaatkan kemudahan CC

Apr 19, 2018 | 05:30 AM



Sebuah panel penasihat Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) telah ditubuhkan setahun lalu untuk memperkukuh dan meluaskan pendekatan dan program Mesra. Panel tersebut, yang dipengerusikan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menemui media kelmarin untuk membentangkan perkembangan usaha mereka. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) dan ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg).



MASYARAKAT Melayu/Islam yang lebih berkemampuan sekarang bermakna mereka mempunyai banyak pilihan riadah, dan tidak bergantung pada kemudahan percuma di kelab masyarakat (CC) sahaja.



Namun, CC masih memainkan peranan penting sebagai titik tumpuan orang ramai daripada pelbagai latar belakang.



Demikian menurut Pengerusi Panel Penasihat Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Justeru Mesra akan terus menarik masyarakat Melayu agar memanfaatkan kemudahan CC dan menabur bakti menerusi pusat tersebut.



"Kalau kita mengasingkan diri di tempat yang mungkin kita lebih selesa, ini tidak menggalakkan percampuran dengan masyarakat lebih besar.



"Memang awalnya kita akan menjalankan program yang lebih memenuhi keperluan dan minat masyarakat kita, tetapi tumpuan besarnya adalah supaya mereka juga akan mesra bercampur gaul dengan masyarakat lebih besar," kata Encik Masagos dalam satu taklimat media di Wisma Geylang Serai kelmarin.



Beliau berkata tahap penyertaan masyarakat Melayu di CC "boleh dikatakan cukup, tetapi kami berasa harus menjalankan lebih banyak lagi usaha, terutama di kawasan ramai penduduk Melayu/Islam".



Bagaimanapun, Encik Masagos tidak dapat memberikan perangkaan mengenai tahap penyertaan itu, tetapi menurut pengamatan beliau, masih kurang orang Melayu menyertai program di kelab masyarakat, melainkan acara kebudayaan.



Encik Masagos dilantik penasihat Mesra pada 5 Disember 2016, mengambil alih peranan itu daripada Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.



Tahun lalu, Encik Masagos menubuhkan Panel Penasihat yang merangkumi beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam lain untuk meluaskan jangkauan Mesra.



Mesra merupakan majlis yang menyelaras kegiatan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di seluruh Singapura.



Encik Masagos menjelaskan MAEC ditubuhkan untuk menarik masyarakat Melayu ke kelab masyarakat dan menjadi anggota akar umbi.



Encik Masagos berkata golongan yang lebih ramai mendekati kelab masyarakat merupakan penggiat budaya.



"Ini memang baik tetapi saya fikir tidak cukup. Lebih baik juga kita tebar luaskan jangkauan supaya kelab masyarakat memenuhi keperluan selain daripada kebudayaan. Sebenarnya kita hanya perlu berinovasi dalam cara kita mendekati masyarakat kita.



"Apatah lagi masyarakat kita sekarang bukan masyarakat yang sama dengan 20 tahun lalu. Lebih ramai sudah berpendidikan, ada kemampuan untuk beralih ke tempat lain. Mereka tidak lagi perlu satu tempat dengan kemudahan percuma," ujar Encik Masagos.



Menarik masyarakat ke CC hanya langkah pertama, tambahnya.



Langkah seterusnya adalah menjadi anggota akar umbi dan bekerjasama dengan masyarakat lain, kata Encik Masagos.



Inisiatif menarik masyarakat Melayu ke CC juga penting agar mereka tahu cara untuk mendapatkan bantuan dan maklumat mengenai skim pemerintah.



Di samping itu, Mesra perlu mendekatkan anggota MAEC kepada masyarakat.



Oleh itu, usaha akan dijalankan bagi meningkatkan lagi bilangan anggota MAEC untuk mendampingi masyarakat dengan secukupnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >