Masagos minta Saudi izin lebih ramai warga S'pura tunai haji tiap tahun

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah meminta Arab Saudi membenarkan lebih ramai warga Singapura menunaikan haji setiap tahun.

Encik Masagos, yang berada di Arab Saudi untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Haji, juga berkata layanan yang diberikan kepada jemaah oleh pihak berkuasa di Saudi bertambah baik saban tahun, menarik lebih ramai warga Singapura ke sana.