Subuh
5:42
Syuruk
7:05
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Setempat

Masagos minta Saudi tambah kuota jemaah haji SG

Jan 20, 2020 | 03:57 PM

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah meminta agar kuota jemaah Haji dari Singapura dapat ditambah.

Beliau menyampaikan permintaan tersebut kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Saleh Bin Taher Benten, ketika kedua-dua mereka bertemu semalam.

Dalam satu pos di Facebook, Encik Masagos menulis:

"Berikutan permintaan yang telah dibuat oleh Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, saya juga menyampaikan keinginan lebih ramai umat Islam Singapura untuk melaksanakan Haji, rukun Islam kelima.

"Harap dapat sertai saya dalam doa agar (kita) dapat hasil yang positif, inshaallah."

Beliau juga berterima kasih kepada Dr Mohammad Saleh atas hospitaliti dan perkhidmatan baik yang diberikan oleh pihak berkuasa Saudi kepada jemaah pada musim haji lalu, serta peningkatan yang dilihat tahun demi tahun.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian