Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos mohon Muslim elak solat di luar zon selamat masjid

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah meminta umat Islam Singapura supaya tidak mengerjakan solat di luar zon selamat yang ditetapkan di masjid semasa Hari Raya Haji Selasa depan dan juga bagi solat Jumaat setiap minggu.



Ini kerana seseorang mungkin boleh menyebarkan virus Covid-19 tanpa disedari dan pihak masjid boleh didakwa dengan tuduhan tidak menguatkuasakan peraturan pengurusan jarak selamat (SMM).



Encik Masagos membuat rayuan tersebut dalam satu kiriman Facebook semalam, sambil menambah masyarakat Melayu/Islam mempunyai peranan untuk melindungi masjid-masjid setempat dengan hanya mengerjakan solat di masjid selepas berjaya menempah slot solat secara dalam talian, mendaftar masuk melalui TraceTogether, dan mengikut prosedur pengurusan selamat semasa di masjid.



Melanggar langkah-langkah tersebut, seperti mendirikan solat di luar zon selamat yang telah ditetapkan, akan mengakibatkan penutupan masjid kerana gagal menguatkuasakan peraturan jarak selamat.



Memberi peringatan tersebut, Encik Masagos berkata masjid-masjid di sini telah dibenarkan membuka lebih banyak ruang solat dalam Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) hasil kerja keras masyarakat mematuhi peraturan pengurusan jarak selamat (SMM).



Hasilnya kini lebih 18,000 jemaah telah berjaya menempah slot bagi solat Hari Raya Haji di 66 masjid, kata beliau.



"Dalam kita bersiap sedia menyambut Hari Raya Haji dalam beberapa hari lagi, saya menggesa masyarakat Melayu/Islam agar sentiasa berwaspada dan terus mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan agar penularan virus dalam masyarakat kembali rendah," ujarnya.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Kedua Kesihatan menarik perhatian kepada kes Covid-19 yang berkait dengan kelompok pusat hiburan KTV.



Daripada lapan kes Selasa lalu, kelompok itu telah berkembang kepada 120 kes hanya empat hari kemudian.



Kelakuan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak itu merupakan peringatan jelas kepada Singapura bahawa wabak Covid-19 masih berlingkaran, tegasnya.



Mengenai peranan masyarakat Melayu/Islam, Encik Masagos menambah beliau amat memahami keinginan masyarakat untuk kembali ke masjid bagi solat berjemaah seperti dulu.



"Saya meminta kesabaran dan kerjasama masyarakat dengan pemerintah sambil kita membuka lebih banyak ruang secara beransur-ansur, sejajar dengan kadar vaksinasi Singapura.



"Marilah kita terus bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian jangkitan dan memastikan keselamatan masyarakat dan negara," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >