Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos, Mufti sudah dapatkan suntikan kedua Covid-19

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN Melayu/Islam termasuk Anggota Parlimen (AP) dan Mufti Singapura telah pun mendapatkan vaksinasi Covid-19.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau bersama Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, telah mendapatkan suntikan kedua vaksin Covid-19 di poliklinik Tampines baru-baru ini.



Menurut Encik Masagos, di sana beliau sempat beramah dengan beberapa penduduk warga Tampines yang ke sana untuk mendapatkan suntikan vaksin.



Salah seorang daripada mereka, Encik Adnan, tidak dapat disuntik ekoran kesihatannya dan dinasihatkan doktor supaya menundatunda ke lain masa, tulis Encik Masagos menerusi pos di Facebook.



"Begitu teliti para doktor kita. Walaupun hampa, Encik Adnan berkata beliau tidak putus asa kerana beliau tahu pentingnya vaksin untuk Singapura dan dunia melawan Covid-19," tulisnya.



Tambah Encik Masagos, walaupun tidak dapat menerima suntikan, Encik Adnan bertekad untuk terus menjaga kesihatannya, amalkan jarak selamat dan kurangkan interaksi dengan orang lain.



Sementara itu, proses suntikan bagi dua penduduk lain, Cik Kamisah dan Encik Anwar, berjalan lancar.



Katanya, beliau gembira melihat ketiga-tiga penduduk itu bersikap positif dan bersemangat untuk melindungi diri mereka dan orang-orang di sekeliling mereka.



Katanya: "Mereka tak berasa ragu apabila menerima surat vaksinasi. Mereka sedar bahawa dengan disuntik, mereka juga dapat melindungi golongan yang tidak boleh disuntik seperti cucu mereka di bawah usia 16 tahun serta wanita hamil.



"Ayuh contohi semangat warga emas kita ini. Segeralah dapatkan suntikan anda bila tiba masanya."



Singapura merancakkan program vaksinasi Covid-19 bagi warga emas selepas vaksinasi bagi kumpulan tersebut bermula di serata negara kelmarin.



Program rintis vaksinasi warga emas telah dimulakan di Ang Mo Kio dan Tanjong Pagar, dengan lebih 5,000 warga emas di kedua-dua estet itu telah menerima vaksin dan mereka telah pun dijadualkan mendapatkan dos kedua, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Selanjutnya, warga berusia 70 tahun dan ke atas dijangka menerima surat undangan mereka untuk mendapatkan vaksin selewat-lewatnya dalam minggu pertama bulan depan.



Setelah itu, pemerintah akan menghantar surat undangan kepada warga emas berusia antara 60 dengan 69 tahun untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >