Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Muis rancang program kaji cara masyarakat minoriti Islam tangani cabaran

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) bakal memperkenalkan satu program penyelidikan baru yang akan mengkaji bagaimana masyarakat minoriti Islam dapat berjaya dalam masyarakat kontemporari.



Mengumumkan rancangan ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata terdapat keperluan bagi membangunkan sebuah badan pengetahuan untuk membantu masyarakat minoriti Islam di seluruh dunia menghadapi cabaran unik tersendiri.



Justeru, menerusi Program Penyelidikan dalam Kajian Masyarakat Islam Berjaya (RPCS), ia diharap dapat mengembangkan panduan kontekstual mengenai masalah sosio-agama yang khas untuk masyarakat Islam yang tinggal di negara sekular dan ekonomi maju.



"Bagi mereka yang hidup dalam suasana terbuka, moden dan sekular, ketidakpastian dan cabaran dunia kontemporari yang timbul juga tentunya akan memberi kesan berbeza kepada masyarakat.



"Kaum minoriti Islam perlu menghadapi masalah dan persoalan yang timbul mengenai tadbir urus, pembangunan sosial serta sains dan teknologi. Penting bagi kita untuk mengkaji isu-isu ini agar dapat membimbing kita serta masyarakat Islam di seluruh dunia," katanya sewaktu memberi ucapan di seminar sebelum Persidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya (ICCOS) yang diadakan dalam talian menerusi aplikasi Zoom semalam.



Memberi perincian mengenai RPCS, Encik Masagos berkata antara lain program itu bertujuan mengumpulkan cendekiawan agama untuk meneliti isu-isu semasa dan masa depan dalam kehidupan sosio- agama masyarakat Islam Singapura.



RPCS akan berfungsi sebagai platform memupuk persekitaran intelektual yang sesuai dalam mengembangkan kumpulan pemimpin agama dan cendekiawan tempatan yang dapat membimbing masyarakat Islam Singapura mengenai isu-isu kontemporari yang penting dalam jangka masa panjang.



"Dalam prosesnya, kita mula membangun badan pengetahuan dan setelah lebih banyak dilengkapkan, kita berharap ia akan memulakan kebangkitan Islam kembali sebagai aset bagi umat Islam untuk berkembang maju, menyumbang dan hidup dengan yakin sebagai minoriti di negara mereka," katanya lagi kepada sekitar 260 peserta seminar tersebut.



Seminar pra-ICCOS yang diadakan buat julung-julung kalinya itu membincangkan respons masyarakat terhadap pandemik Covid-19 dan bagaimana warga Islam telah menyesuaikan kehidupan keagamaan mereka.



Ia turut menampilkan panel penceramah terdiri dari tokoh agama dan cendekiawan setempat dan luar negara seperti Australia, Bosnia-Herzegovina dan Brunei.



Ini termasuk ilmuwan Islam dari Universiti Melbourne, Australia, Profesor Abdullah Saeed; Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei, Dr Dayang Noryati Haji Ibrahim; anggota bersekutu Jawatankuasa Fatwa Muis, Ustaz Dr Mohammad Rizhan Leman; Mufti Besar Bosnia-Herzegovina, Sheikh Dr Mustafa Ceric; dan Mufti Singapura, Dr Naziruddin Mohd Nasir.



Mereka berkongsi pandangan dan perspektif terutama mengenai bagaimana umat Islam dapat muncul lebih kuat, yakin dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih kompleks di masa depan.



Antara topik yang dibincangkan seperti mengembangkan pemikiran Islam sebagai persediaan mengharungi cabaran kompleks, cabaran dalam menyesuaikan diri dengan norma agama baru serta menyokong kehidupan beragama masyarakat dalam tempoh krisis.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >