Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos mulakan lawatan ke Mesir, Jordan hari ini

Mar 10, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan mengadakan lawatan ke Mesir dan Jordan mulai hari ini hingga Rabu ini.



Encik Masagos akan ditemani Encik Esa Masood, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan pegawai-pegawai kanan lain.



Semasa lawatannya, beliau dan delegasinya akan mengadakan pertemuan dengan pelajar Singapura dari Universiti Al-Azhar di Kahirah dan pelajar Universiti Jordan di Amman.



Sesi pertemuan dengan pelajar yang mengikuti pengajian Islam itu adalah sebahagian daripada usaha Muis menyokong pembangunan bakal asatizah.



Di Kahirah, Encik Masagos turut dijadualkan bertemu Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Ibrahim Abdul Kareem 'Allam, dan Imam Besar Universiti Al-Azhar, Dr Ahmed Al-Tayyeb.



Encik Masagos kemudian akan melawat Universiti Jordan di Amman.



Kededua kunjungan itu adalah sebahagian usaha Muis mengukuhkan pembangunan asatizah dan menyiapkan pelajar yang pulang untuk menyertai alam pekerjaan.



Usaha tersebut telah disebut oleh Encik Masagos dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, di Parlimen kelmarin semasa Perbahasan Belanjawan Kementerian Ehwal Masyarakat Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >