Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR SYAWAL

Masagos: Muslim SG kini lebih bersemangat saling membantu

Presiden Halimah: Usah lupa golongan yang kurang bernasib baik semasa Aidilfitri
Jun 17, 2018 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam Singapura kian bangkit bersemangat dengan sikap saling tolong menolong di samping gigih menyumbang pada usaha mempertingkat keupayaan, kebolehan dan kemantapan masyarakat.



Dalam tempoh setahun sejak Aidilfitri diraikan tahun lalu, mereka juga menampakkan ciri-ciri kematangan dalam menangani cabaran di dalam dan luar negara.



Demikian jelas Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ketika diminta memberi pengamatannya tentang usaha masyarakat Melayu/Islam di sini menangani pelbagai peristiwa mencabar termasuk penahanan individu radikal.



Pada Ramadan tahun lalu, masyarakat Islam setempat dikejutkan dengan berita penahanan beberapa individu termasuk seorang penolong penjaga bayi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Dia merupakan wanita pertama yang ditahan kerana radikalisme.



Kata Encik Masagos ketika ditemui wartawan selepas solat Aidilfitri di Masjid Sultan kelmarin:



"Pada keseluruhannya, saya rasa masyarakat kita tahun ini lebih gembira.



"Kalau kita lihat suasana di bazar, masjid, dan juga dalam semua usaha yang dilakukan oleh masyarakat Melayu/Islam, mereka menunjukkan betapa mereka ingin membantu satu sama lain.



"Ini menunjukkan masyarakat yang bersemangat dan kalau kita terus utuh dalam semangat kita, kuat menghadapi apa sahaja cabaran, apabila berlakunya kejadian seperti penangkapan individu yang ingin menjadi pengganas, umpamanya, ia tidak akan menggoyah semangat kita agar terus berjuang dan menonjolkan ciri-ciri kemasyarakatan kita dan juga ciri-ciri Islam yang benar.



"Ini memandangkan apa yang berlaku kepada segelintir masyarakat kita itu tidak mewakili masyarakat Islam lain di Singapura."



Encik Masagos, dalam pada itu, senangi keterbukaan sikap belia Islam yang memperluas pengetahuan mereka mengenai fahaman agama lain di samping menambah keyakinan diri tentang agama Islam sendiri.



Gesaan agar belia memperkasa diri dengan pelbagai ilmu tentang agama sendiri dan agama lain itu dibuat Mufti Dr Mohamad Fatris Bakaram dalam khutbah sempena sambutan Aidilfitri kelmarin.



Beliau menekankan bahawa masyarakat Islam Singapura perlu terus membina kerohanian jitu bagi mempertingkat keyakinan diri tentang hidup keagamaan dan tiada keraguan apabila memperluas pengetahuan tentang agama lain.



Malah, pemahaman lebih meluas ini, tambahnya, boleh membantu orang Islam menerangkan tentang agama ini kepada orang bukan Islam dalam suasana muhibah di samping membantu memperkukuh kepercayaan keagamaan sendiri.



Menurutnya lagi, sewajarnya umat Islam ingin dan berharap dapat membangunkan generasi Muslim akan datang yang mempunyai pemahaman mendalam tentang agama mereka dan memahami ajarannya.



Ini akan memastikan keamanan dan ketenangan sebagai masyarakat Islam dapat dirasakan di mana sahaja berbekalkan kefahaman dan kepercayaan serta bukan semata-mata kerana dilahirkan sebagai orang Muslim tanpa penghayatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >