Masagos: NEA teliti perjanjian penjaja, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

ISU PUSAT PENJAJA

Masagos: NEA teliti perjanjian penjaja

Oct 31, 2018 | 05:30 AM

AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) sudah mula melihat syarat kontrak bagi semua penjaja yang diurus perusahaan sosial.

Mereka juga akan menilai aspek seperti waktu operasi, klausa tamat kontrak, dan jika ada denda bagi penjaja, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.

"Ini sesuatu yang boleh kami lakukan dalam jangka masa segera," ujar Encik Masagos di Facebook.

Ini menyusuli perbincangan orang ramai mengenai pusat penjaja berkaitan kos yang ditanggung penjaja serta syarat penjaja yang ditetapkan pengendali.

Pusat penjaja yang dikendali perusahaan sosial mendapat perhatian baru-baru ini setelah beberapa penjaja menimbulkan keprihatinan mengenai cara beberapa pusat sedemikian diurus, termasuk daripada segi syarat kontrak dan kos tambahan yang perlu ditanggung penjaja.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Mengenai kos, pemerintah sudah pun membantu penjaja menerusi pelbagai cara, kata Encik Masagos.

Sebagai contoh, sewa yang dibayar penjaja tidak memasukkan kos membina pusat penjaja baru, yang setiap satu menelan belanja $15 juta.

Namun, Encik Masagos berkata, pemerintah akan melihat apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu.

Dalam pada itu, NEA kini menyemak model perusahaan sosial bagi mengendali pusat penjaja, seperti yang diumumkan Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan) Dr Amy Khor sebelum ini. Semakan itu akan memakan lebih banyak masa.

"Kami akan melihat kriteria yang digunakan untuk memilih pengendali, apa yang perlu diserahkan kepada kuasa pasaran dan apa lagi langkah perlindungan yang perlu dilaksanakan," ujar Encik Masagos.

Dalam catatan itu, Encik Masagos berkata pusat penjaja tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan warga Singapura.

Pusat penjaja menyediakan makanan pada harga dimampui dan memastikan penjaja boleh meraih pendapatan mencukupi.

Oleh sebab itu, pemerintah mula membina kembali pusat penjaja pada 2011 setelah tiada pusat baru dibina dalam tempoh 30 tahun.

"Kami ingin mengelakkan situasi di estet perumahan baru yang hanya mempunyai kedai kopi dan pusat makanan sebagai pilihan tempat makan.

"Membina pusat penjaja baru akan menawarkan penduduk dengan pelbagai pilihan makanan dengan pelbagai harga, dan bantu mengawal harga makanan," ujarnya.

Hari ini, di hampir kesemua pusat penjaja baru yang dibina, kebanyakan gerai menawarkan sekurang-kurangnya satu hidangan berharga $3 atau kurang.

Beliau memberi contoh sarapan lontong yang dibelinya di pusat penjaja Our Tampines Hub (OTH) kelmarin yang berharga $2.80.

Dalam catatannya itu, Encik Masagos turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi maklum balas.

"Kita menyayangi pusat penjaja kita. Setiap daripada kita mempunyai kenangan menikmati juadah di pusat penjaja bersama keluarga dan rakan. Ini menjadikan kita unik sebagai rakyat Singapura dan itulah yang ingin kita kekalkan buat generasi selanjutnya," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menggalak warga membantu penjaja dengan menyokong bidaan menyertakan budaya penjaja makanan Singapura sebagai warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) di laman www.oursgheritage.sg.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map