Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Pandang serius terhadap jarak sosial yang selamat

Mar 27, 2020 | 07:51 PM



RAKYAT Singapura perlu memandang serius terhadap jarak sosial yang selamat di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 kini, gesa Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pada Jumaat (27 Mac).



Ini menyusuli beberapa pesanan yang diterima Encik Masagos di Whatsapp yang mengatakan ada sesetengah individu telah memilih untuk berubat sendiri dan tidak berjumpa doktor untuk mendapat rawatan dan ujian Covid-19.



Ada pula yang berani untuk terus menghadiri majlis perkahwinan, tulis Encik Masagos, dalam satu posnya di laman Facebook.



Beliau menganggap sikap golongan ini “boleh membahayakan”.



Awal dari itu, Berita Harian telah melaporkan bahawa Orange Ballroom di Tanjong Katong Complex mengesahkan Kementerian Kesihatan (MOH) telah meminta senarai tetamu yang menghadiri satu majlis perkahwinan di sana pada 21 Mac lalu.



“Marilah kita mengambil sikap serius menangani krisis Covid-19 bersama,” katanya.



Baca laporan sebelum ini: https://www.beritaharian.sg/setempat/orange-ballroom-dihubungi-moh-minta-senarai-tetamu-walimah-bagi-pengesanan-kontak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >