Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Pelajar S’pura di Mesir sedia sumbang kepada masyarakat, negara

Mar 11, 2019 | 03:00 PM



 





Mahasiswa dari Singapura yang kini sedang memburu kelayakan pengajian agama di Mesir bersedia menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara.



Mereka juga ghairah tentang perkembangan di Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang sedang mengadakan lawatan empat hari ke Kahirah dan Jordan.



Encik Masagos mengadakan  kumpulan pelajar Singapura di Mesir - Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir (PERKEMAS) - di mana beliau berkongsi pembentukan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) yang bertujuan membuat tinjauan dan mengumpul maklum balas masyarakat bati mempersiap asatizah dengan keperluan masyarakat di masa depan.



Jawatankuasa itu pertama kali diumumkan, minggu lalu,  di perbahasan Belanjawan 2019.



“Kami turut membincangkan tentang pentingnya bagi asatizah masa depan memiliki kemahiran dan kecekapa yang relevan demi  membimbing masyarakat dalam dunia kontemporari,” ujar Encik Masagos, menulis di Facebook pada Isnin (11 Mac).



Sebelum bertemu  pelajar Singapura di Mesir, Encik Masagos telah bertemu Mufti Besar Mesir Dr Shawki Ibrahim Abdul Kareem ‘Allam dan Imam Besar Universiti Al Azhar Dr Ahmed Al-Tayyeb.



Encik Masagos, yang diiringi pegawai kanan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan berangkat ke Amman, Jordan malam ini, bagi meneruskan lawatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >