Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Masagos: Pembangunan semula Masjid Khadijah, pusat RRG perkukuh daya tahan sosial

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



PELAN pembangunan semula Masjid Khadijah dan peluasan Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) akan membolehkan Singapura mengukuhkan daya tahan sosial dan usaha pendekatannya untuk menghapuskan ideologi ganas dan ekstremis dalam masyarakat.



Demikian kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sambil menambah bahawa kerja-kerja pembangunan semula itu berada di landasan yang betul.



Menulis di Facebook, Encik Masagos berkata beliau berbesar hati melihat sumbangan derma daripada pelbagai organisasi bagi kerja-kerja itu.



Ini termasuk daripada Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas), AMP, Jamiyah Singapura, Persatuan Muslim India Bersatu (Uima), Liga Muslim Kadayanallur Singapura dan Persatuan Bangladesh Singapura.



"Masjid Khadijah yang menempatkan Pusat Sumber dan Kaunseling RRG memberikan maklumat dan penjelasan penting kepada orang ramai mengenai konsep dan ideologi Islam.



"Dengan adanya rancangan pembangunan semula untuk Masjid Khadijah dan peluasan Pusat Sumber dan Kaunseling RRG, kita boleh memperkukuh daya tahan sosial dan usaha-usaha mendekati masyarakat kita dengan lebih baik agar dapat menghapuskan ideologi ganas dan ekstremis dalam masyarakat," tulis Encik Masagos.



Beliau turut melahirkan harapan agar masyarakat Melayu/Islam Singapura akan meneruskan usaha dan bersatu padu dalam perjuangan menentang sebarang ideologi ganas dan ekstremis yang boleh meruntuhkan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >