Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Pembatalan bazar tahun ini sukar tetapi bertanggungjawab

Bazar anjuran Persatuan Rakyat (PA) ditutup ekoran Covid-19
Mar 19, 2020 | 05:30 AM



KEPUTUSAN untuk membatalkan bazar adalah keputusan yang sukar tetapi bertanggungjawab demi keselamatan masyarakat.



Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang merujuk kepada pembatalan bazar sempena bulan Ramadan dan Hari Raya tahun ini ekoran keadaan koronavirus dan keperluan untuk mengamalkan penjarakan sosial di tempat awam.



Dalam catatannya di Facebook, Encik Masagos berkata beliau berharap masyarakat dapat memahami dan menyokong langkah ini demi keselamatan semua.



"Ramadan ini tentu sekali terasa berlainan. Begitulah yang kita harus mempersiap diri dalam menghadapi masalah virus ini yang tiada pernah dunia mengalaminya. Namun, saya yakin kita mampu usahakan cara-cara yang lebih selamat tetapi kreatif untuk menghidupkan semangat Ramadan dan Hari Raya. Jangan patah semangat!" tulisnya lagi.



Dalam satu kenyataan semalam, PA berkata selain Bazar Raya Geylang Serai, ia turut membatalkan bazar perayaan Hari Raya Aidilfitri lain yang selalunya dianjurkan.



"Bagi memelihara kesejahteraan dan keselamatan penduduk, PA tidak akan menganjurkan bazar perayaan dan pameran perdagangan mulai 18 Mac 2020.



"Ini termasuk Bazar Hari Raya tahunan yang dianjurkan di Wisma Geylang Serai serta Our Tampines Hub dan di Woodlands.



"Oleh kerana bazar perayaan menyumbang kepada suasana perayaan, kami faham sesetengah penduduk mungkin kecewa. Namun, disebabkan bazar kami menarik pengunjung berjumlah besar, kami telah mengambil keputusan sukar untuk tidak meneruskan kegiatan ini," kata PA menerusi kenyataannya itu.



Turut menyifatkan keputusan itu sebagai "amat sukar", Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, menulis di Facebook, berkata bahawa kesihatan masyarakat harus diutamakan.



"Sudah tentu sekali keputusan ini akan mengecewakan ramai, lebih-lebih lagi peniaga kita yang ghairah untuk menjual produk-produk Hari Raya mereka. Namun dalam kita mengharungi masa-masa sukar kini, penyesuaian perlu dilakukan.



"Saya harap masyarakat faham dengan keputusan yang dibuat dan sama-sama dapat kita membendung penularan Covid-19 ini," tulisnya.



Sebagai respons kepada jumlah kes Covid-19 yang meningkat di negara ini dan untuk mencegah penularan masyarakat, pemerintah pada 13 Mac lalu telah mengumumkan bahawa semua acara hiburan, sukan dan kebudayaan yang mempunyai 250 peserta atau lebih perlu ditangguh atau dibatalkan.



Nasihat juga dikeluarkan mengenai amalan penjarakan sosial - menjauhkan diri dari orang lain - di tempat awam, dan untuk menangguh atau membatalkan semua acara dan perhimpunan yang tidak penting.



Awal bulan ini, Berita Harian melaporkan bahawa PA telah membuka tender baru untuk Bazar Ramadan Geylang Serai di hab warisan kebudayaan dan sosial Wisma Geylang Serai.



Tender ini, yang ditutup Isnin lalu, menarik bidaan daripada Adex Group dan secara berasingan, Corpbiz Events.



Tender asal yang dibuka PA sebelum itu ditutup pada 17 Januari tanpa tender itu diberikan.



Dokumen tender terkini yang dimuatnaik di portal tender pemerintah Gebiz termasuk peruntukan mencegah penularan koronavirus, termasuk penjarakan sosial dan program pembersihan. Pegerai juga perlu memeriksa suhu pekerja mereka setiap hari.



Dalam perancangan adalah untuk mengurangkan jumlah gerai di Bazar Ramadan Geylang serai daripada 800 ke 500, dan mengumpulkannya dalam kelompok berempat dengan setiap gerai mempunyai jarak 10 meter antara satu sama lain.



Namun, PA mengumumkan pembatalan itu semalam.



Jurucakap PA itu juga berkata bagi pameran perdagangan yang masih berjalan, pengendali perlu menetapkan langkah berjaga-jaga tambahan seperti pengambilan suhu dan penyediaan sanitiser tangan.



"Untuk bazar perayaan di mana tender telah diberikan, penganjur akan mengikuti klausa pembatalan dan menjaga kepentingan pemilik tender," tambah jurucakap itu.




"Ramadan ini tentu sekali terasa berlainan. Begitulah yang kita harus persiap diri dalam menghadapi masalah virus ini yang tiada pernah dunia mengalaminya. Namun, saya yakin kita mampu usahakan cara-cara yang lebih selamat tetapi kreatif untuk menghidupkan semangat Ramadan dan Hari Raya. Jangan patah semangat!"
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Sudah tentu sekali keputusan ini akan mengecewakan ramai, lebih-lebih lagi para peniaga kita yang ghairah untuk menjual produk-produk Hari Raya mereka. Namun dalam kita mengharungi masa-masa sukar kini, penyesuaian perlu dilakukan. Saya harap masyarakat faham dengan keputusan yang dibuat dan sama-sama dapat kita membendung penularan Covid-19 ini."
-Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



"Ia adalah keputusan paling selamat dan paling sesuai untuk melindungi kepentingan masyarakat lebih-lebih lagi dengan jumlah kes yang terus meningkat setiap hari. Jika kita teruskan bazar ini, ia mungkin mencabar untuk menjejaki setiap individu disebabkan skalanya."
- Cik Vivienna Hamzah, Pengurus projek kanan MegaXpress.



"Ketiadaan bazar tahun ini dibuat pada saat terakhir... jadi kami sedang fikirkan cara untuk terus kekalkan hubungan bersama pelanggan dan teruskan penjualan."
- Syed Uzair Syed Abu Bakar, Pemilik Broti SG.



"Saya agak sedih kerana ia sudah menjadi tradisi bagi saya, keluarga serta rakan untuk ke Geylang sewaktu bulan Ramadan. Namun saya maklum bahawa meniadakan bazar adalah langkah yang baik dan saya harap usaha ini dapat mengekang penularan Covid-19. Harap-harap ada gerai yang tetap jual juadah buka puasa dalam talian jadi sekurang-kurangnya, ia masih boleh dinikmati."
- Muhammad Edrie Rizwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >