Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Pemerintah akan terus galak masyarakat jimat tenaga elektrik

May 06, 2018 | 05:30 AM



KESEDARAN lebih tinggi terhadap kos tenaga telah menyumbang kepada kadar penggunaan elektrik lebih rendah di Singapura tahun lalu, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Lantaran itu, pemerintah akan meneruskan usaha bagi menggalak dan mendidik masyarakat setempat tentang usaha menjimatkan tenaga, menurut Encik Masagos dalam pelancaran 'Cabaran Jimat Tenaga' yang kedua bersama Mayor CDC Southwest, Dr Teo Ho Pin, di Northpoint City semalam.



Tahun lalu kadar penggunaan elektrik 7,295 gigawat sejam (GWh), berbanding 7,589.4 GWh pada 2016.



Namun itu adalah 17 peratus lebih tinggi berbanding 2007 - bermakna setiap keluarga berbelanja sekitar $1,000 untuk elektrik.



Ini menunjukkan lebih banyak usaha boleh dilakukan bagi menggalak sikap jimat tenaga, kata Encik Masagos.



Satu tinjauan Agensi Sekitaran Nasional (NEA) tahun lalu mendapati empat daripada lima keluarga setempat terdorong jimat tenaga jika mereka boleh jimat wang.



Tetapi mereka tidak mungkin mengamalkan tindakan jimat tenaga jika ia menyukarkan mereka.



Tinjauan itu - yang memantau penggunaan elektrik di 550 rumah selama seminggu - juga mendedahkan lebih ramai keluarga mengamalkan langkah jimat tenaga seperti memilih peralatan jimat tenaga dan menetapkan alat penghawa dingin pada 25 darjah Celsius atau lebih tinggi.



Encik Masagos berkata banyak faktor menyebabkan kadar penggunaan elektrik turun tahun lalu.



"Salah satu daripadanya ialah kesedaran tentang kos, kerana di sini tiada subsidi bagi penggunaan tenaga atau elektrik.



"Pada masa sama, saya yakin ramai keluarga kini, apabila menukar peralatan elektrik akan mencari peralatan yang lebih jimat tenaga - yang mempunyai empat tanda rait (tick), atau sekurang-kurangnya tiga rait, bagi memastikan mereka tidak menggunakan terlalu banyak elektrik pada jangka masa panjang," ujarnya.



Tetapi inisiatif meningkatkan kesedaran dan menyebarkan maklumat seperti 'Cabaran Jimat Tenaga' perlu digiatkan, tekan Encik Masagos.



"Kita perlu menekankan kepada warga bahawa jimat tenaga bukan semata-mata mahu jimat wang.



"Tentunya jimat wang itu satu kelebihan, tetapi bagi jangka panjang, menjimatkan tenaga adalah memastikan kita mempunyai tabiat yang baik dan faham pentingnya tidak bersikap membazir serta tidak ambil ringan yang tenaga akan sentiasa ada," jelas Encik Masagos.



Keluarga yang menyertai cabaran tahun ini perlu mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1 peratus atau lebih pada tempoh Mei hingga Ogos bagi memenangi antara 700 hadiah bernilai lebih $60,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >