Masagos: Pencapaian bermakna diraih masyarakat Melayu/Islam tahun lalu , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Masagos: Pencapaian bermakna diraih masyarakat Melayu/Islam tahun lalu

Lahirkan penghargaan kepada mereka yang berusaha gigih jayakan gagasan M3 melibatkan Muis, Mendaki dan Mesra; turut bangga Singapura jadi negara pertama di dunia umumkan Tahun Bagi Tindakan Iklim
Jan 01, 2019 | 05:30 AM

MASYARAKAT Melayu/Islam meraih beberapa pencapaian bermakna tahun lalu, kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Antara lain, ia merangkumi sambutan ulang tahun ke-50 Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), pendidikan anak-anak Melayu/Islam pimpinan Mendaki yang terus maju dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) yang lebih kukuh.

"Sejak saya mengumumkan gagasan M Kuasa Tiga (M³) Mei lalu, saya tahu banyak pihak bekerja keras untuk mengumpulkan sumber dan membentuk pelbagai program demi memacu kemajuan masyarakat kita.

"Saya sangat terharu dan menghargai sokongan padu badan-badan Melayu/Islam lain serta para individu yang tampil secara sukarela memainkan pelbagai peranan seperti memimpin projek, membimbing belia dan keluarga susah. Saya juga menghargai sumbangan rakan kongsi lain dalam usaha murni ini," kata Encik Masagos menerusi catatan Facebook beliau kelmarin.

Di bawah rangka kerja ini, Muis, Yayasan Mendaki dan Mesra akan memperhalusi penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Rangkaian M3 menumpukan usaha kepada program sedia ada bagi membantu masyarakat menerusi penyepaduan kepakaran dan sumber yang lebih mendalam.

Bagi sambutan ulang tahun ke-50 Muis, acara kemuncaknya merupakan pesta masyarakat 'Salam Singapore', selain Konvensyen Masjid 2018 yang melakar hala tuju masjid setempat pada masa depan.

Encik Masagos, yang mengambil ambil alih jawatan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pada 1 Mei lalu, berkata M³ perlukan masa untuk dibentuk sepenuhnya.

"Namun, saya yakin kita boleh berjaya berkat keikhlasan, kepakaran dan pengalaman yang kita ada bersama, insya-Allah.

"Golongan yang terbaik antara kita adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain.

"Ayuh kita satukan hati-hati kita dan terus berusaha gigih demi mencapai hajat murni membina sebuah masyarakat Melayu- /Islam yang luar biasa, berjaya dan ternama di mata dunia.

"Selamat tahun baru Masihi 2019!" tambah beliau

Dalam catatan Facebook beliau semalam, Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata 2018 juga merupakan tahun bermakna buat Singapura yang menjadi negara pertama di dunia mengumumkan Tahun Bagi Tindakan Iklim (Yoca).

Sejak melancarkan Yoca Januari lalu, lebih 300,000 individu dan pertubuhan telah mengambil ikrar Tindakan Iklim SG.

Di peringkat serantau dan antarabangsa, Singapura juga menjadi pengerusi Asean yang menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri Asean tentang Tindakan Iklim (SAMCA) dan SAMCA-Diluaskan (termasuk China, Jepun serta Korea Selatan).

"Sedang kita mengimbas dan menyambut pencapaian, mari kita ingat mengapa kita berkempen bagi tindakan iklim tahun lalu - untuk mendapatkan semua orang bertindak dan bukan sekadar pemerintah melakukannya sahaja.

"Setiap tindakan iklim yang dilakukan kita diambil kira!" katanya.


SERUAN KEPADA MASYARAKAT

"... Saya yakin kita boleh berjaya berkat keikhlasan, kepakaran dan pengalaman yang kita ada bersama, insya-Allah. Golongan yang terbaik antara kita adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain. Ayuh kita satukan hati-hati kita dan terus berusaha gigih demi mencapai hajat murni membina sebuah masyarakat Melayu/Islam yang luar biasa, berjaya dan ternama di mata dunia.
Selamat tahun baru Masihi 2019!"

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam

PENJAGAAN IKLIM

"Sedang kita mengimbas dan menyambut pencapaian, mari kita ingat mengapa kita berkempen bagi tindakan iklim tahun lalu - untuk mendapatkan semua orang bertindak dan bukan sekadar pemerintah melakukannya sahaja.
Setiap tindakan iklim yang dilakukan kita diambil kira!"

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Sekitaran dan Sumber Air.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map