Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Penting pastikan bekalan makanan S'pura terjaga

Agensi Makanan Singapura akan manfaatkan tiga strategi nasional termasuk pelbagaikan sumber import makanan
Feb 14, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak boleh terlalu bergantung pada mana-mana sumber tunggal makanan dan harus memastikan bekalan makanannya terjaga dengan baik.



Demikian diingatkan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam responsnya kepada Anggota Parlimen (AP) yang telah mengajukan soalan mengenai Agensi Makanan Singapura (SFA).



Memberi contoh larangan eksport telur dan makanan laut oleh Kerajaan Malaysia pada Disember lalu, Encik Masagos berkata SFA akan memastikan keselamatan makanan Singapura terjaga dengan meningkatkan tiga strategi nasional untuk mendapatkan makanan.



Ini termasuk mempelbagaikan sumber import makanan.



Sumber-sumber tersebut telah pun ditambah daripada 140 negara pada 2004 kepada sekitar 180 negara pada hari ini, katanya.



Namun, beberapa AP telah menyuarakan kebimbangan mengenai harga makanan, terutama sekali kerana Singapura bergantung pada bekalan makanan global.



"Pergantungan kita terhadap bekalan makanan global untuk memenuhi keperluan rakyat kita membuat kita mudah terdedah kepada turun-naik harga global," kata Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Encik Abbas Ali Mohamed Irshad.



"Saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai langkah- langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kesan pada harga makanan masa depan disebabkan gangguan bekalan," tambahnya.



Profesor Fatimah Lateef (GRC Marine Parade) pula berkata:



"Meskipun berhadapan dengan pelbagai kekangan... kita harus terus memastikan bekalan makanan yang selamat, boleh dimampui dan tidak terganggu kepada warga Singapura."



Memastikan bekalan makanan kita terjaga merupakan antara cara utama menangani naik-turun harga, jawab Encik Masagos.



Beliau menekankan bahawa ini merupakan antara fokus SFA yang akan menyumbang kepada usaha seluruh pemerintah untuk terus menyediakan makanan yang boleh dimampui dan diakses semua rakyat Singapura.



Sementara itu, beberapa AP termasuk Dr Lee Bee Wah (GRC Nee Soon) dan Encik Irshad juga telah mengemukakan cadangan untuk mengembangkan usaha mewujudkan bekalan makanan kita sendiri.



"SFA akan mempergiat usaha membangunkan ekosistem pertanian-makanan di Singapura... agar dapat mengurangkan pergantungan kita terhadap import," kata Encik Masagos.



Ini termasuk mendidik para petani di institut pendidikan tinggi tempatan.



"Masa depan penternakan di Singapura perlu didorong penggunaan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), berdaya tahan iklim dan cekap dengan produktiviti yang tinggi," kata Encik Masagos sambil menambah bahawa Singapura dijangka mengembangkan lagi pemilikan ladang menegak tertutup (indoor vertical farming) dan pertanian ikan laut pada masa akan datang.



Dalam pada itu, SFA akan terus membantu syarikat Singapura yang berpangkalan di luar negara untuk mengakses pasaran baru dan lebih besar, untuk mengurangkan kos melalui skala ekonomi dan mengurangkan harga eksport ke negara ini.



Pembentukan SFA, yang diumumkan oleh Encik Masagos di Parlimen kelmarin, akan menyaksikan agensi baru ini mengambil alih tanggungjawab Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) berkenaan keselamatan dan keselamatan makanan.



SFA juga akan menyelaras segala isu berkaitan bekalan dan keselamatan makanan yang kini di bawah tanggungjawab AVA, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >