KERJASAMA dan ukhuwah harus diperkukuh antara masyarakat Melayu/Islam melalui inisiatif M³, untuk mempertingkatkan lagi kehidupan dan membantu golongan yang memerlukan bantuan untuk bangkit daripada kesuraman.
Dengan usaha ini dijalankan, terbentang harapan 2021 membawa lebih banyak kemajuan kepada Masyarakat Gemilang yang dicita-citakan.
Inilah harapan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di ambang sambutan Tahun Baru 2021.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga mencatat di Facebooknya sambil melampirkan keratan video singkapan akhir tahun M³, menulis:
"2020 merupakan tahun yang mencabar namun amat bermakna. Kita terpaksa meninggalkan amalan-amalan yang biasa dan menyesuaikan diri dengan norma-norma baru.
"Kita telah mengharungi langkah pemutus rantaian jangkitan, di mana kita terpaksa berjauhan dari orang yang tersayang semasa musim perayaan.
"Alhamdulilah, berkat kerjasama, ketabahan dan kesabaran, kini keselamatan masyarakat dan negara kita terpelihara.