Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Persidangan iklim beri pemahaman tentang pendirian negara anggota

Dec 15, 2019 | 10:20 PM



MESKIPUN persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru berakhir dengan keputusan bercampur baur, perbincangan yang telah diadakan memberi negara yang menyertainya pemahaman lebih baik tentang kedudukan masing-masing.



Berkata demikian menerusi laman Facebook beliau malam tadi (15 Disember), Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata ini berguna bagi negara itu sedang mereka terus bekerjasama selepas ini.



Lebih penting lagi, ini satu peringatan tentang pentingnya sokongan bagi kerjasama berbilang hala sebagai rangka kerja utama dan bagi negara yang berbeza bersatu memperjuang tujuan yang sama seperti perubahan iklim, perdagangan bebas dan keamanan.



Encik Masagos menghadiri Persidangan Perubahan Iklim-25 (COP-25) Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang berlangsung di Madrid, Sepanyol.



Antara perjanjian yang sepatutnya dimeterai adalah berhubung pasaran karbon namun Encik Masagos berkata lebih banyak usaha perlu dijalankan agar semua pihak yang telah menandatangani Perjanjian Paris dapat mempersetujuinya.



“Banyak negara seperti Singapura akan terus berusaha demi komitmen kami mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.



“Dengan usaha Penye­lidikan dan Pembangunan (R&D) dan banyak usaha lain, kami akan terus menggerakkan sempadan inovasi dan meneroka kemungkinan bagi ekonomi alternatif karbon,” ujar Encik Masagos.



Tambahnya, usaha akan terus dijalankan untuk bekerjasama dengan presiden COP-26 untuk mencapai hasil yang baik di Glasgow.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >