Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos puji daya bingkas dan perpaduan masyarakat Melayu/Islam, seru beraya dengan bertanggungjawab

May 12, 2021 | 08:30 PM



MASYARAKAT Islam di sini dapat kembali beribadah di masjid serta berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan di luar Ramadan tahun ini, tidak seperti tahun lalu dengan Ramadan jatuh di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian untuk membendung penularan Covid-19.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata ini berkat daya bingkas dan perpaduan masyarakat Melayu/Islam dengan penduduk Singapura yang lain untuk sama-sama membendung wabak ini.



“Tidak seperti tahun lalu... tahun ini kita bersyukur dapat beribadah di masjid walaupun dengan jumlah yang terhad.



“Saya terharu melihat masjid kita kembali bercahaya dan bersemarak menyambut para jemaah untuk solat tarawih, qiyamullail dan bertadarus. 



“Kita juga boleh berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat-handai di luar sambil mematuhi langkah jarak selamat,” ujarnya.



Dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri beliau kepada masyarakat Islam Singapura, Encik Masagos menarik perhatian sifat ihsan terpuji yang dipaparkan masyarakat Melayu/Islam sepanjang Ramadan. 



“Banyak pertubuhan dan ramai sukarelawan bergotong-royong dengan rakan-rakan bukan Islam dalam pelbagai projek amal termasuk projek Rahmatan Lil Alamin.



“Projek ini mengagihkan lebih 20,000 juadah kepada keluarga bergaji rendah dan pekerja asing.



“Inilah sifat rahmah yang harus kita pupuk dalam kita membina Singapura yang lebih penyayang, bersatu padu dan berjaya,” ujar beliau.



Namun, perjuangan membasmi Covid-19 masih belum berakhir.



Dengan kenaikan jangkitan dalam masyarakat baru-baru ini, peraturan yang lebih ketat terpaksa diambil. 



“Saya faham anda berasa hampa.



“Namun saya bersyukur ramai yang mengerti mengapa kita harus bertegas. 



“Saya menyeru agar kita sama-sama mengharungi ujian ini dengan tenang dan sabar demi keselamatan seluruh negara,” kata Encik Masagos.



 Tambahnya, masyarakat juga harus mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri supaya dapat melindungi orang yang dikasihi khususnya warga emas dan kanak-kanak. 



Apabila tiba giliran pula, Encik Masagos menggesa orang ramai untuk segera mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. 



“Semoga dengan kesabaran dan kerjasama semua, kita akan beroleh ganjaran kesejahteraan serta Ramadan dan Hari Raya yang lebih meriah tahun depan,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >