Masagos puji daya tahan Masjid Omar Kampong Melaka sesuaikan diri pada keadaan Covid-19, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Masagos puji daya tahan Masjid Omar Kampong Melaka sesuaikan diri pada keadaan Covid-19

Jun 08, 2020 | 08:44 PM

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad memuji sikap daya tahan Masjid Omar Kampong Melaka semasa lawatan ke masjid tertua di Singapura itu pada Isnin (8 Jun).

Dalam perkongsiannya di Facebook, Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumbar Air, berkata:

“Walaupun masjid ini telah lama berkhidmat untuk masyarakat, saya terharu mendengar bagaimana jawatankuasa masjid ini sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan masjid ini, agar ia boleh memenuhi keperluan jemaah pada masa ini.”

Masjid Omar Kampong Melaka, yang terletak di daerah bandar, mempunyai bilangan sukarelawan yang terhad di masjid berbanding masjid-masjid di estet perumahan.

“Namun, masjid ini tetap berikhtiar untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan dengan menggunakan teknologi, agar masjid boleh dibuka dan berkhidmat kepada para jemaah, terutama sekali kepada mereka yang bekerja di pejabat sekelilingnya,” kata Encik Masagos.

Discover Malay Home Based Businesses

Masjid itu yang diwakafkan oleh Almarhum Syed Omar Ali Aljunied ini bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-200 tahun ini.

“Inilah sikap daya tahan yang saya banggakan. Walaupun banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh masyarakat kita dalam menangani COVID-19, kita berfikiran positif dan pandai mengubah suai dengan keperluan keadaan,” tambah Encik Masagos.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map