Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos puji iltizam pemimpin Islam S’pura pelihara, hormati keharmonian kaum

Jun 21, 2019 | 10:50 PM



USAHA yang dijalankan pemimpin keagamaan di sini yang sentiasa bekerjasama dan selalu bertemu untuk saling mengenali satu sama lain adalah amat penting bagi keharmonian agama, kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini supaya sekiranya masalah berlaku, pengikut agama mereka boleh merujuk kepada pemimpin agama masing-masing untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.



“Saya lihat di Singapura, kerana mereka begitu akrab, begitu mesra dan faham kepentingan agama mereka, dan juga kepentingan kehidupan berharmoni di Singapura, mereka selalu mengambil jalan yang sangat waras dan jalan yang boleh menyatukan pengikut silang agama dan tidak memecah-belahkan mereka,” kata beliau.



Justeru, beliau berasa amat gembira dan terkesan apabila Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram dan pemimpin agama yang lain menandatangani Komitmen terhadap Melindungi Keharmonian Keagamaan dan menyerahkan komitmen itu kepada Presiden Halimah Yacob di pembukaan Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) kelmarin.





Ditemui media di Ceramah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) 2019 di Hotel Orchard tadi, beliau berkata hal tersebut adalah amat unik di Singapura di mana semua pemimpin keagamaan melahirkan iltizam untuk menjaga keharmonian di sini dan membimbing pengikut mereka untuk melakukan yang sama.



“Yang saya lebih gembira adalah ramai sekali asatizah yang mapan yang sama juga menurunkan tandatangan mereka pada dokumen tersebut. Ini adalah satu petanda yang sangat baik.



“Ia menunjukkan bahawa kita sebagai orang Islam di Singapura mahu hidup sama rata dengan yang lain, menjaga keharmonian, menghormati satu sama lain, dan terus menunjukkan kita adalah satu model, satu contoh di mana negara yang mempunyai masyarakat majmuk boleh hidup secara makmur,” kata beliau.



Siri Ceramah Muis kali ini menampilkan ahli sejarah agama dunia dan pengasas Piagam Belas Kasihan, Profesor Karen Armstrong, yang menyampaikan ceramah bertajuk  Faith and the Future of Humanity (Kepercayaan dan Masa Depan Manusia).





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >