Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos rakam penghargaan ibadah haji jalan lancar

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, merakamkan penghargaannya kepada kerajaan Arab Saudi dan pegawai Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) yang menjayakan ibadah haji bagi jemaah Singapura tahun ini.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Encik Masagos, yang juga Ketua Delegasi Haji Singapura tahun ini, berkata beliau berpeluang bertemu rakan sejawatnya di Saudi.



"Tanpa mereka, jemaah Singapura kita tidak mungkin dapat menunaikan haji.



"Saya menyampaikan penghargaan mendalam kami atas sokongan dan bantuan mereka memastikan jemaah Singapura kita menikmati perjalanan yang lancar sepanjang mereka berada di Tanah Suci.



"Tidak lupa juga pegawai yang gigih daripada SPAO. Dedikasi dan komitmen mereka telah memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah kami.



"Saya yakin jemaah kami juga berasa demikian dan saya mengalu-alukan maklum balas daripada jemaah berhubung aplikasi PilgrimSG," ujar beliau.



Encik Masagos berangkat bersama Ketua SPAO iaitu Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, dan 180 jemaah pada 3 Julai lalu.



Sepanjang di Saudi, Encik Masagos turut giat memuat naik catatan terkini serta gambar menerusi laman media sosial beliau, antara lain untuk mengkhabarkan keadaan jemaah haji di sana.



Tambahnya, beliau berharap pengalaman haji yang dikongsinya itu bermanfaat bagi orang ramai, khususnya bagi pengguna Facebook yang bukan Muslim.



Sebelum kembali ke tanah air, Encik Masagos berkata beliau meluangkan masa bertemu dan berinteraksi dengan beberapa jemaah Singapura, termasuk Cik Norhana Rahman dan suaminya, Encik Arfi Shahrin Abdul Rahman, yang telah menantikan 10 tahun untuk menunaikan haji.



"Alhamdulillah, ini pengalaman haji yang penuh emosi dan bermakna.



"Sementara saya bersyukur kini sudah kembali ke tanah air, pastinya saya akan merindui Tanah Suci," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >