Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Respons baik dialog M3 bagi S'pura bangkit lebih kukuh

Ramai tampil sumbang idea demi bentuk SG lebih berdaya tahan, bersatu padu
Mar 01, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 100 anggota masyarakat Melayu/Islam telah mengambil bahagian dan menyumbang idea kepada sesi-sesi Singapura Bersama Perbincangan Bangkit Lebih Kukuh X CiptaSama@ M³.



Respons menggalakkan itu telah mendapat perhatian Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang berbesar hati melihat sumbangan idea dan saranan dari anggota masyarakat demi mencipta bersama penyelesaian untuk membentuk Singapura lebih berdaya tahan, bersatu padu dan saling prihatin.



Encik Masagos menekankan peri pentingnya dialog-dialog seperti itu memandangkan warga Singapura mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi proses pemerintah mencipta dasar.



"Saya sangat kagum melihat anggota masyarakat kita yang bersungguh-sungguh berkongsi pandangan, pengalaman dan saranan bagi membantu negara kita bangkit semula pasca-Covid-19.



"Dialog-dialog sebegini amat penting untuk mengumpul maklum balas, demi memperbaiki mutu kehidupan rakyat Singapura," tulis Encik Masagos menerusi pos di Facebook semalam.



Sesi dialog tersebut diadakan di bawah CiptaSama@M³ yang diperkenalkan untuk menggalak masyarakat menyumbang idea bagi membentuk masa depan Singapura.



Diterajui oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, usaha itu antara lain bertujuan mengumpul pandangan orang ramai tentang isu-isu yang menjejas masyarakat dan Singapura.



Ia juga berharap dapat mendekati lebih ramai generasi muda Melayu/Islam serta karyawan untuk menyumbang dan membentuk masa depan masyarakat.



Dialog tersebut diadakan buat julung kalinya Januari lalu dengan sesi pertama membincangkan topik 'Merebut Peluang dalam Era Transformasi Digital' bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dan juga Encik Zaqy.



Dalam merumuskan sesi tersebut sebelum ini, Encik Zaqy berkata walaupun masyarakat bersedia mendakap dunia baru dan menyertai transformasi digital, ada kalanya terdapat kemahiran yang tidak sepadan dengan apa yang diperlukan sesetengah pekerjaan dalam sektor yang sedang berkembang.



Oleh itu, usaha perlu diteruskan untuk membantu tenaga kerja ini dan merapatkan jurang agar tiada yang ketinggalan.



"Penting untuk kita terus bersatu padu, bekerjasama dan terus berdaya tahan.



"Peluang akan tiba dan kita hanya perlu bekerja lebih keras," kata Encik Zaqy dalam video yang dimuatnaikkan ke Facebook Encik Masagos.



Video tersebut memaparkan cebisan daripada dua sesi dialog virtual yang telah diadakan sebelum ini.



Sementara itu, sesi kedua dialog tersebut yang juga diadakan Januari lalu menumpukan terhadap topik 'Memperkukuh Keluarga Melayu/Islam' yang disertai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Antara saranan yang diterima dari peserta semasa sesi itu termasuk memperluaskan program sokongan perkahwinan bagi pasangan Islam, 'Bersamamu'.



"Apa yang kami akan lakukan sekarang adalah untuk mengatur (semua idea yang diterima) dan mempertimbangkan cara terbaik untuk kita perbanyakkan lagi dialog seperti ini.



"Dialog-dialog ini merupakan satu permulaan," kata Cik Rahayu menerusi video tersebut.



Salah seorang peserta dialog, Encik Mohamed Ismail Abu Bakar, 61 tahun, berharap idea yang disumbang dapat membantu membentuk pendekatan kolaboratif yang melibatkan semua agensi dan masyarakat demi dapat bangkit lebih kuat bersama.



"Menerusi sesi seperti ini saya harap dapat lebih memahami (keprihatinan) dengan mendengar tentang cabaran yang dihadapi segenap lapisan warga Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >