Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Sambutan Hari Kebangsaan dalam talian tetap bermakna dan sentuh perasaan

Aug 08, 2020 | 03:35 PM



WARGA Singapura telah terus tabah dalam menghadapi ancaman yang ditimbulkan oleh Covid-19, malah dalam beberapa bulan kebelakangan, rakyat telah berjaya menyesuaikan cara hidup mereka, memikirkan huraian inovatif untuk mendampingi satu sama lain dan mengamalkan norma sosial baru.


Menyatakan demikian dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (8 Ogos), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata dalam masa sukar ini, warga terus menjaga satu sama lain dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan.


"Oleh itu, sangat tepat bahawa tema Hari Kebangsaan kita tahun ini adalah 'Together, A Stronger Singapore' ('Bersama, Singapura yang lebih kukuh')," tulis Encik Masagos, yang juga  Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.


Dalam catatan itu juga, Encik Masagos berkata beliau meraikan ulang tahun ke-55 negara bersama Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) awal minggu ini.


Katanya, tahun ini sambutan Hari Kebangsaan perlu disesuaikan dengan dijalankan dalam talian disebabkan oleh Covid-19.


"Walaupun begitu, sambutan itu sebenarnya amat bermakna dan menyentuh perasaan sedang kita merenungkan cabaran di hadapan dan pengorbanan serta sumbangan semua orang untuk membawa kita sejauh ini bagi memperingati acara istimewa ini," tulis Encik Masagos.


Beliau menambah: "Sedang kita terus berjuang menentang Covid-19 dan kejatuhan ekonomi yang menyusuli, kita harus kekal positif dan terus mempersiapkan diri untuk masa depan. Marilah kita terus bekerjasama dalam perpaduan agar kita dapat muncul lebih kuat daripada krisis ini sebagai satu Singapura. Selamat Hari Kebangsaan!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >