Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos sampaikan harapan mendalam Muslim SG tunai haji

Temui Menteri Haji dan Umrah Saudi
Mar 30, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad menyampaikan harapan agar jemaah Singapura dapat menunaikan haji tahun ini ketika bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah di Riyadh, Arab Saudi semalam.



Ini selepas kerajaan Arab Saudi menggantung ibadah haji bagi jemaah antarabangsa sejak dua tahun lalu menyusuli pandemik Covid-19.



Beliau menambah jemaah Singapura mungkin tidak mendapat tahu lebih awal sama ada mereka boleh menunaikan ibadah haji tahun ini disebabkan kerumitan situasi dalam merancang dan menyelaraskan haji untuk jemaah dari seluruh dunia.



Oleh itu, beliau berkata masyarakat Islam Singapura perlu bersikap fleksibel dan bersedia membuat penyesuaian jika keputusan bagi membenarkan jemaah antarabangsa menunaikan haji tahun ini dibuat dan disampaikan pada saat akhir.



Encik Masagos berkata demikian dalam satu catatan Facebook semalam selepas bertemu Dr Tawfiq bagi membincangkan tentang persiapan musim haji akan datang dan menyampaikan keinginan umat Islam Singapura untuk menunaikan haji.



Encik Masagos, yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi hingga lusa, berkata Arab Saudi sedang menjalankan kajian ke atas jumlah jemaah yang akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini.



"Merancang dan menyelaraskan haji bagi jutaan jemaah yang datang dari seluruh dunia bukan tugas yang mudah - kesihatan dan keselamatan jemaah adalah salah satu keutamaan kerajaan Saudi.



"Disebabkan kerumitan situasi itu, tidak mungkin kita akan tahu awal sama ada jemaah dari Singapura boleh mengambil bahagian dalam haji tahun ini.



"Oleh itu, kita perlu bersikap fleksibel dan bersedia membuat penyesuaian jika keputusannya dibuat dan disampaikan kepada kita pada saat akhir," kata beliau.



Encik Masagos menambah bahawa apa jua keputusannya, umat Islam boleh yakin bahawa ia telah dibuat demi kepentingan terbaik jemaah



"Sama-samalah kita berdoa semoga mendapat keputusan yang baik agar haji 2022 dibuka kepada jemaah antarabangsa, termasuk dari Singapura, insya-Allah, dan bersedia sebaik mungkin," kata beliau dalam catatan Facebook itu.



Encik Masagos turut berkata di bawah kepimpinan Dr Tawfiq, jemaah antarabangsa dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah yang dikembalikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >