Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos sampaikan hasrat tunai haji ramai Muslim S'pura

Temui Menteri Haji Saudi susuli permohonan Presiden Halimah, PM Lee agar kuota haji Republik ditambah
Jan 21, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah menyampaikan hasrat mendalam ramai Muslim Singapura untuk menunaikan haji semasa bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammed Saleh Taher Benten kelmarin.



Ini menyusuli permohonan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada Arab Saudi sebelum ini agar membenarkan lebih ramai warga Singapura menunaikan haji setiap tahun.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Encik Masagos turut mengajak masyarakat berdoa bagi hasil positif daripada permohonan tersebut.



Beliau bertemu Dr Mohammed Saleh semasa memimpin satu delegasi Singapura menghadiri Mesyuarat Menteri Haji tahunan di Arab Saudi.



Semasa pertemuan itu, Encik Masagos mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohammed Saleh bagi layanan mesra dan khidmat baik pihak berkuasa haji Arab Saudi kepada jemaah Singapura semasa musim haji lalu, serta peningkatan yang dinikmati jemaah saban tahun.



Dr Mohammed Saleh pula memuji jemaah Singapura kerana sikap dan kerjasama yang mereka tunjukkan.



"Beliau meminta saya menyampaikan ucapan terima kasih dan memuji setiap jemaah Singapura yang menunaikan haji tahun lalu. Beliau kagumi sikap mereka yang wajar dicontohi dan menghargai kerjasama yang diberi kepada pihak berkuasa semasa menunaikan haji," kata Encik Masagos.



Semasa lawatannya ke Arab Saudi November lalu, Puan Halimah memohon kepada pemimpin Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, agar menambah kuota haji Singapura. Beliau memberitahu Raja Salman Muslim di Singapura perlu menunggu lama untuk menunaikan haji, dan Raja Salman berkata perkara itu akan ditimbangkan.



Jun lalu, Encik Lee turut melahirkan harapan sama semasa bertemu Putera Mahkota Mohammad Bin Salman di Sidang Pemimpin Kumpulan 20 (G-20) di Jepun.



Sejumlah 900 jemaah Singapura menunaikan haji tahun lalu, selepas kuota haji ditambah 100 tempat.



Semasa lawatannya ke Arab Saudi, Encik Masagos juga bertemu ulama terkemuka Syeikh Dr Hatim Al Awni dan mengundangnya menghadiri Persidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya (ICCOS) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Encik Masagos berkata Syeikh Al Awni ulama prolifik yang menggalak lebih banyak persefahaman antara mazhab.



"Kami juga berbincang tentang cara ulama boleh membangunkan bimbingan agama khusus bagi masyarakat Islam yang hidup sebagai masyarakat minoriti agar mereka dapat hidup aman dan harmoni sementara mengamalkan agama mereka dalam masyarakat terbuka, sekular dan moden.



"Saya harap kehadiran Syeikh Al Awni di ICCOS akan memperkaya kita sedang kita memelihara nilai agama kita dalam konteks negara moden dan berbagai," ujar Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >