Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos sanjungi karyawan kesihatan Melayu/Islam

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN berdepan pelbagai cabaran dalam menangani Covid-19, pegawai kesihatan Melayu/Islam tetap melaksana tanggungjawab dengan penuh profesionalisme.



Penghargaan ke atas sumbangan dan pengorbanan pegawai kesihatan itu dirakam oleh Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dengan berkata: "Terima kasih atas pengorbanan anda.''



Encik Masagos berkata beliau amat terkesan mendengar tentang kisah-kisah pengorbanan pekerja penjagaan kesihatan Melayu/Islam semasa satu dialog anjuran Berita Harian kelmarin.



Dialog dalam talian itu dijalankan bersama lima doktor dan enam jururawat. Ia turut dihadiri Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



"Mereka merupakan petugas barisan hadapan dalam perjuangan menangani pandemik Covid-19,'' ujar Encik Masagos dalam pos Facebooknya semalam.



"Kini, kita sedang berusaha menuju ke arah kebiasaan baru. Justeru, pemerintah telah melaksana fasa penstabilan untuk memberi pekerja barisan hadapan dan sistem penjagaan kesihatan masa untuk bersiap bagi peringkat seterusnya.



"Kami ingin memastikan sistem dan pekerja penjagaan kesihatan kita tidak dibebani. Ini akan membolehkan mereka menumpukan perhatian pada kes serius dalam kalangan kita."



Menurut Encik Masagos, orang ramai juga boleh membantu dengan mematuhi keselamatan terkini dan melaksana tanggungjawab sosial dengan baik.



"Saya yakin dengan kerjasama semua, bersama-sama kita akan dapat mengatasi pandemik ini dan muncul lebih teguh lagi,'' ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >