Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Sekitaran sama penting dengan perkembangan ekonomi

May 19, 2018 | 05:30 AM



USAHA mengembangkan ekonomi telah mengalami anjakan paradigma - daripada pendekatan "kembangkan sekarang, bersihkan kemudian" kepada pendekatan yang mengutamakan kedua-dua keprihatinan perkembangan dan sekitaran.



Demikian menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang berucap di satu acara kemampanan di Hotel Grand Hyatt semalam.



Menarik perhatian bahawa pendekatan "kembangkan sekarang, bersihkan kemudian" boleh meninggalkan pelbagai kesan - seperti perubahan iklim, pencemaran dan kekurangan sumber - bagi generasi sekarang dan akan datang, Encik Masagos berkata Singapura telah berjaya menyepadukan kemampanan dalam pertumbuhan ekonomi jangka panjangnya.



Hasilnya, Singapura kini sedang menikmati hasilnya, lapor akhbar The Straits Times.



"Singapura kini dapat menikmati hasil pelaburan awal kita dari segi pertumbuhan hijau dan daya ketahanan sekitaran," katanya.



Encik Masagos berkata hasil yang dimaksudkannya itu termasuk sebuah negara yang bersih, selamat dan sesuai didiami, yang mampu menarik bakat dan pelaburan serta mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan.



Sebagai contoh, Singapura telah berjaya mengubah masalah kekurangan air yang negara ini alami kepada peluang perniagaan, ujarnya.



Pada 2015, sektor air di negara ini menyumbang $2.25 bilion kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura dan 14,000 pekerjaan.



Namun, kejayaan Singapura itu tidak datang secara kebetulan.



Semasa bercakap di Dialog Singapura tentang Sumber Air Mampan anjuran Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) semalam, Encik Masagos berkata kejayaan itu diraih hasil tiga faktor - dasar, kerjasama dan keghairahan.



Tambahnya, dasar seperti cukai karbon yang akan dilaksanakan tahun depan bukan sahaja bertujuan membantu mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan bumi.



Malah, ia juga menggalak pihak yang mengeluarkan jumlah besar gas itu untuk melabur dalam teknologi jimat tenaga, dengan hasil cukai itu digunakan bagi skim yang dapat membantu syarikat dengan pelaburan sedemikian.



Encik Masagos turut menarik perhatian pentingnya menjalin kerjasama dengan Asean, masyarakat antarabangsa, badan bukan pemerintah (NGO) dan individu antara lain bagi mengenal pasti bidang pertumbuhan hijau baru.



Namun, bagi merealisasikan potensi bagi pertumbuhan hijau, beliau berkata orang ramai juga harus ghairah dan berminat tentang sekitaran.



Encik Masagos memberi contoh Cik Joline Tang, seorang akauntan yang kemudian menubuhkan perniagaan The Sustainability Project yang menjual barangan seperti straw besi untuk membantu orang ramai mengurangkan penggunaan plastik pakai buang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >