Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN KE-55 SINGAPURA

Masagos: Semangat inklusiviti menyerlah

Aug 10, 2020 | 05:30 AM



TERKESAN dengan atur cara Hari Kebangsaan semalam bahawa walau lebih kecil, ia melambangkan keistimewaan usaha mereka yang terlibat dalam membina masyarakat yang inklusif dan bertahan daya terutamanya dalam suasana pandemik Covid-19 ini, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Menyertai acara menyanyikan Lagu Kebangsaan di Enabling Village, salah satu daripada lapan tempat acara itu, beliau turut meluahkan penghargaannya kepada sektor perkhidmatan sosial dalam ucapannya semalam.



"Tahun ini kita menyambut Hari Kebangsaan yang bukan sahaja luar biasa, malah istimewa dengan sektor sosial menjadi salah satu lambang keistimewaannya.



"Saya sangat bangga dapat bersama dengan teman-teman agensi sosial yang bekerjasama dengan pemerintah untuk membina masyarakat yang inklusif dan juga bertahan daya kerana kita sedang menghadapi satu cabaran yang sangat besar yang belum pernah dilalui generasi sebelum kita.



"Dengan adanya perayaan Hari Kebangsaan begini, saya harap kita bersama, bersatu untuk menangani satu cabaran yang akan menjadi memori perjuangan kita dalam membangunkan dan memajukan Singapura," tambah beliau.



Segmen menyanyikan Lagu Kebangsaan itu juga diadakan di tujuh lokasi lain iaitu di Padang yang menyaksikan perbarisan berskala kecil, di Lapangan Terbang Changi, Kampung Admiralty, Lifelong Learning Institute di Paya Lebar, Pusat bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Sekolah Menengah North Vista dan NTUC FairPrice Hub di Joo Koon.



Ia melambangkan "Keteguhan Negara Kita"yang disumbang sektor-sektor penting bagi pembangunan Singapura.



Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, yang memberi ucapan di Lifelong Learning Institute di Paya Lebar bagi melambangkan pekerjaan dan kemahiran, berkata Singapura amat menghargai daya bertahan rakyat, perniagaan dan perkhidmatan awamnya.



Dengan tenaga kerja setempat menyaksikan banyak cabaran dan membuat banyak penyesuaian, beliau yakin Singapura berupaya menangani krisis itu dengan baik.



"Kemampuan kita untuk menilai keadaan dengan cepat dan membuat penyesuaian untuk memberi respons yang sebaik mungkin harus tetap menjadi sebahagian daripada DNA Singapura," tekan beliau.



Antara wakil pertubuhan sosial yang ditemui Berita Harian semasa acara di Enabling Village itu ialah Encik Sairam Azad, Timbalan Pengarah AWWA, sebuah agensi perkhidmatan masyarakat yang membuat banyak penyesuaian sepanjang wabak koronavirus itu.



"Perayaan seperti ini memperkuatkan lagi mesej perlunya kita berganding bahu menempuhi apa jua cabaran.



"Meskipun sambutannya lebih kecil, ia melambangkan ucapan terima kasih kepada mereka yang terus berkhidmat kepada golongan yang memerlukan tanpa lelah"



Selain beliau, Cik Junainah Eusope, penyelaras program kanan, program pemulihan psikososial di Kelab Heal, berkata sambutan Hari Kebangsaan semalam turut merangkumi penghargaan kepada bukan sahaja pekerja barisan depan tetapi relawan yang telah banyak menyumbang dalam merancang atur cara lain kepada penerima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >