Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Semua pihak berperanan pertahan keselamatan bekalan air S'pura

Jun 14, 2019 | 05:00 PM



PIHAK awam turut berperanan dalam usaha pemuliharaan air di Singapura, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Menekankan peri penting menjamin bekalan air di Singapura, Encik Masagos berkata:

“Menguruskan penggunaan air kita sama penting dengan usaha mempertahankan bekalan air… ia memerlukan kerjasama setiap pihak untuk menjimatkan penggunaan air dalam amalan harian dan usaha masyarakat bersama untuk menambah kesedaran tentang perkara ini.”

Beliau berkata demikian di pelancaran pameran gambar tentang pemuliharaan air di hotel Royal Plaza on Scotts semalam.

Pameran gambar itu menampilkan gambar yang disertakan bagi pertandingan gambar Capturing Water Conservation Through The Lens yang diadakan sempena Hari Air Antarabangsa Singapura 2019 dan Hari Air Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peraduan itu disertai belia Singapura dan Jepun yang menetap di sini, yang berusia antara 13 dengan 35 tahun. 

Berlangsung dari 14 Jun hingga 31 Ogos, pameran di lobi hotel Royal Plaza on Scotts itu dianjurkan bersama oleh SSEAYP International Singapore (SIS), Pusat Kreatif Jepun (JCC), Kedutaan Jepun di Singapura, dan agensi air negara PUB.

Dalam kenyataannya, hotel itu berkata ia menyokong seni dan bermula tahun ini, lobi hotel itu telah digunakan sebagai ruang pameran bagi menampilkan hasil kreatif artis dan bakat muda dari rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >