MENTERI Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan mengetuai delegasi Singapura ke Sydney, Australia, untuk menghadiri sidang puncak serantau bagi menangani pengganasan (CVE).
Sidang dari 11 hingga 12 Jun ini itu bertujuan meningkatkan penyelarasan serantau serta membina kapasiti bagi menangani dan mencegah pengganasan.
Ia juga bermatlamat untuk meneruskan usaha yang telah dimulakan di sidang puncak CVE Rumah Putih Amerika Syarikat pada 12 Februari lalu di Washington DC, Amerika Syarikat.
Encik Masagos bakal berkongsi usaha Singapura dalam menangani ideologi ekstremis dan propaganda di mesyuarat menteri.
Beliau juga bakal menemui Perdana Menteri Australia, Encik Tony Abbott dan Peguam Negara, Encik George Brandis di sidang tersebut.
Lawatan Encik Masagos mengesahkan lagi komitmen Singapura dalam hubungan dua hala dengan Australia dan juga pakatan anti-ISIS serta usaha antarabangsa dalam menangani ancaman keganasan.
Beliau bakal diiringi oleh para pegawai kanan Kementerian Ehwa Luar.