Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022

Masagos seru rebut setiap peluang tingkatkan kemahiran

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah menggalakkan masyarakat agar merebut setiap peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran diri supaya mempunyai kemahiran yang relevan bagi ekonomi masa hadapan.



"Kita harus bersyukur kerana di Singapura, walaupun seseorang datang daripada golongan yang miskin, mereka mempunyai harapan untuk masa depan yang cerah kerana terdapat banyak peluang yang diwujudkan oleh pihak pemerintah demi pembangunan individu dan masyarakat.



"Oleh itu, amat penting bagi masyarakat merebut peluang tersebut dan mencapainya dengan tekad serta mengambil setiap perubahan dengan sikap yang positif," kata Encik Masagos, mengulas mengenai Belanjawan yang dibentangkan semalam.



Beliau menekankan betapa pentingnya bagi masyarakat Singapura untuk memainkan peranan yang proaktif dan sentiasa mempertingkatkan diri untuk mendapatkan kestabilan pekerjaan dan juga pendapatan mereka.







"Masyarakat perlu memahami dasar-dasar ekonomi yang akan datang, memahami dan berpindah ke sektor-sektor yang mempunyai skim Model Gaji Progresif (PWM) serta mencari peluang memasuki dan menerokai sektor-sektor pertumbuhan baru untuk mempunyai pendapatan yang lebih terjamin dan kekal buat masa hadapan," jelasnya.



Sehubungan itu, beliau juga menyatakan bahawa skim-skim yang diumumkan dalam Belanjawan dibentangkan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam bertujuan memberikan bukan sahaja bantuan bagi golongan berpendapatan rendah, malah harapan dan peluang meningkatkan kepakaran dan kemahiran diri mereka untuk masa hadapan yang cerah.



"Pemerintah bukan sahaja memberikan bantuan untuk keperluan seharian tetapi juga dari peningkatan mereka tanpa menggunakan wang mereka.



"Umpamanya, seorang suri rumah yang menerima bantuan kewangan seperti Comcare ingin mendapatkan kemahiran baru sebagai guru prasekolah, mereka akan mendapatkan subsidi 95 peratus bagi yuran sekitar $15,000 setahun itu.



"Dengan menggunakan kredit SkillsFuture, mereka tidak perlu membayar sedolar pun untuk mendapatkan ijazah baru, kemahiran baru dan peningkatan dalam pendapatan keluarga mereka," jelas Encik Masagos.



Belanjawan tahun ini memberikan banyak bantuan bagi golongan berpendapatan rendah agar mereka terus memperkasa diri dan memperkukuh kedudukan anak-anak mereka.



Setiap keluarga berpendapatan rendah di bawah program ComLink (Community Link) akan mendapat bantuan yang disesuaikan untuk menangani isu dan masalah yang dihadapi agar membolehkan mereka memperbaiki kehidupan mereka.



Program itu, yang menyediakan sokongan menyeluruh dan diselaraskan untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang tinggal di flat sewa HDB yang diberi subsidi tinggi, akan mempunyai "pelan tindakan" untuk menangani cabaran, aspirasi dan keperluan khusus setiap keluarga



"Ini merupakan jalan keluar untuk menjaga anak dengan lebih baik dan bantuan kewangan diberikan supaya akhirnya anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan terbaik untuk mencapai potensi mereka,'' kata Encik Masagos.



Menyentuh mengenai keprihatinan warga mengenai kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara dua tahap bermula tahun depan, beliau berkata pemerintah perlu meningkatkan hasil pendapatan untuk membiayai peluasan sistem penjagaan kesihatan dan skim sokongan bagi rakyat Singapura yang lebih tua.



GST adalah bahagian penting dalam struktur pendapatan negara bagi membiaya pelbagai keperluan, termasuk prasarana, pentadbiran, sokongan penjagaan kesihatan dan sosial.



"Pada tahun 2030, setiap tiga orang yang bekerja, mereka harus menampung seorang warga emas.



"Oleh itu, pemerintah memerlukan sumber yang kukuh menerusi GST bukan sahaja untuk mengurangi beban masyarakat tetapi juga mengurangi kos yang bakal kami hadapi untuk memberikan rawatan kepada para pesakit akibat rakyat yang lebih tua," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >