Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Singapura kutuk keras serangan bom di Sri Lanka

Apr 21, 2019 | 05:36 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengutuk keras serangan bom di beberapa hotel dan gereja di Sri Lanka hari ini yang menyaksikan lebih 200 orang terkorban sementara masyarakat Kristian menyambut Easter Sunday. 





Beliau menambah kejadian tersebut berlaku tidak lama selepas serangan di masjid Christchurch semasa solat Jumaat. 



Melahirkan keprihatinan dalam posnya di Facebook hari ini, beliau menggesa orang ramai untuk tidak membiarkan kejadian seperti ini memecahbelahkan masyarakat. 



“Kita seharusnya berasa marah  terhadap sesiapa yang menyerang mereka yang tidak bersalah semasa berlangsungnya perkumpulan keagamaan,” katanya dalam pos tersebut. 



Tambahnya: “Walaupun masih belum jelas siapa pelakunya, kita harus kekal bersatu dan terus waspada. Kita tidak seharusnya membiarkan serangan ini memecahbelahkan masyarakat. 



“Ini juga merupakan peringatan bahawa pengganasan kekal sebagai ancaman serius seluruh dunia.” 



Mengakhiri pos itu, Encik Masagos berkata Singapura berdiri bersama rakyat Sri Lanka untuk mengutuk keras perbuatan ganas tersebut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >