Masagos: Singapura perlu ubah cara guna sumber untuk menjadi negara sifar-sisa

SINGAPURA perlu mengubah cara ia menggunakan sumbernya jika ingin mencapai visi untuk menjadi negara sifar-sisa atau ‘zero-waste’, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. 

Jika dilakukan dengan cara yang betul, negara ini juga boleh mewujudkan peluang ekonomi baru bagi perniagaan setempat serta pekerjaan bagi warga Singapura, tambah Encik Masagos semasa berucap di pelancaran Tahun Menuju ke Arah Sifar-Sisa (Year Towards Zero Waste) di Our Tampines Hub pagi tadi. 

Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu pembaziran di negara ini dan kepentingan menghargai sumber yang ada.

“Ini memerlukan anjakan paradigma. ita perlu memupuk pendekatan ekonomi pekeliling (circular economy),” katanya yang merujuk kepada model eknomi yang bertujuan mengguna dan mengitar semula sumber.