Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: S'pura kekal komited sokong tindakan iklim

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA kekal komited sepenuhnya untuk menyokong tindakan global mengenai perubahan iklim, sedang Panel Antara Pemerintah mengenai Perubahan Iklim (IPCC) mengeluarkan satu amaran serius mengenai ancaman tersebut baru-baru ini.



Sebagai contoh, negara ini merupakan antara 55 negara pertama yang mengesahkan Perjanjian Paris pada 2016, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau berkata demikian kelmarin semasa berucap di atas kapal Poland Dar Mlodziezy, yang berada di Singapura sebagai sebahagian daripada pelayaran sepanjang tahun untuk memperingati 100 tahun kemerdekaan Poland.



Encik Masagos berkata dunia telah melihat bencana iklim yang berlaku satu demi satu, lapor akhbar The Straits Times.



IPCC mengeluarkan laporan pada Isnin lalu yang menunjukkan bahawa dunia perlu menurunkan had pemanasan globalnya dari 2 darjah Celsius kepada 1.5 darjah Celsius, dengan salah satu pengarang utama laporan itu berkata bahawa kesan perubahan iklim akan "meningkat secara lebih dramatik" di atas 1.5 darjah Celsius.



Encik Masagos menekankan peranan proaktif Singapura dalam menangani perubahan iklim seperti menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk melaksanakan cukai karbon di semua sektor ekonomi tahun depan.



"Cukai karbon akan dilaksanakan secara seragam kepada semua orang tanpa pengecualian dan menggalakkan syarikat untuk meletakkan harga produk mereka bagi mencerminkan apa yang mereka lakukan terhadap iklim kita," katanya.



Beliau juga menjelaskan usaha Singapura bersiap sedia bagi kenaikan paras laut yang akan mengiringi perubahan iklim, seperti membina Terminal 5 di Lapangan Terbang Changi di ketinggian 5.5 meter di atas paras laut, membina dinding laut dan meningkatkan ketinggian jalan pesisir.



Beliau merujuk kepada peranan industri maritim dalam mempromosikan perkapalan yang bersih dan hijau seperti Inisiatif Hijau Maritim Singapura bernilai $100 juta yang dilancarkan pada 2011.



Beliau berkata Singapura, yang menetapkan 2018 sebagai Tahun Tindakan Iklim, akan menyokong sepenuhnya Poland apabila ia menjadi tuan rumah Persidangan Pihak ke Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim yang ke-24 pada Disember nanti.




“Cukai karbon akan dilaksanakan secara seragam kepada semua orang tanpa pengecualian dan menggalakkan syarikat untuk meletakkan harga produk mereka bagi mencerminkan apa yang mereka lakukan terhadap iklim kita.”
– Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, mengenai peranan proaktif Singapura dalam menangani perubahan iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >