Masagos sumbang Mural Warisan Kita

MENTERI Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menyumbang sentuhan kreatifnya kepada mural atau lukisan dinding yang bakal dipamerkan secara kekal di Taman Warisan Melayu (TWM) sempena sambutan Jubli Emas Singapura.

Encik Masagos, yang turut disertai kakitangan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta anggota Lembaga Khairat Muslimin Polis Repablik Singapura (LKM), menyertai sebuah bengkel dan menghasilkan rekaan jubin tanah liat yang akan dijadikan sebahagian mural itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan