Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Tampines bakal bandar eko pertama S'pura

Dec 13, 2020 | 05:30 AM



TAMPINES akan menjadi bandar eko pertama Singapura dan penduduknya akan terus digalak, menerusi inisiatif kemampanan yang diperkenalkan, untuk mencapai matlamat itu, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.



Demikian dikatakan Encik Masagos selaku Penasihat Akar Umbi GRC Tampines di pelancaran pemasangan Papan Eko di lima blok HDB di Tampines.



Seramai 633 isi rumah di Tampines akan menjadi yang pertama di Singapura untuk memiliki Papan Eko digital dipasang di blok mereka dan menerima kemas kini masa nyata penggunaan elektrik dan air serta pengeluaran karbon blok mereka.



Inisiatif itu adalah hasil kerjasama Majlis Bandaran Tampines dan SP Group, dengan sokongan Temasek dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Berucap kepada media di Blok 878A Tampines Avenue 8 semalam, Encik Masagos berkata:



"Kami ingin membuat Tampines bandar eko pertama Singapura dan dalam perjalanan lima tahun ini, kami akan melakukan projek penting agar penduduk dapat turut serta dan mengamalkan kemampanan."



Pemasangan Papan Eko adalah program perintis untuk membina kesedaran kemampanan dalam kalangan penduduk dan menggalak mereka mendakap tabiat mesra alam.



Ia adalah sebahagian besar usaha negara membawa kemampanan kepada masyarakat dan mentransformasikan bandar HDB menjadi bandar eko.



Papan yang direka dan dibangunkan pasukan pakar teknologi tenaga SP Group itu akan dipasang di lobi lif setiap blok, memberi penduduk akses mudah kepada tips hijau untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan air.



"Ini akan membolehkan kami memeriksa dengan maklumat yang ada dan membandingkan prestasi setiap blok. Mudah-mudahan, ia juga membolehkan kami mengubah sikap (penduduk), mungkin melalui kepuasan, supaya pada penghujung hari, mereka tahu berapa banyak tenaga yang telah mereka guna dan dapat sama-sama mengurangkan penggunaan mereka," tambah Encik Masagos.



Sebanyak 10 Papan Eko akan dipasang di Tampines dalam masa dua bulan mendatang.



Majlis Bandaran Tampines boleh maklumat dari Papan Eko untuk merancang dan mencapai pengurusan estet yang lebih cekap.



Ia juga merancang meningkatkan operasi majlis bandaran itu dengan komponen pengesanan anomali buatan kecerdasan yang akan memberi amaran kepada majlis bandaran sekiranya terdapat sebarang pembaziran sumber atau corak penggunaan yang tidak cekap.



Turut hadir di pelancaran semalam Anggota Parlimen GRC Tampines - Pengerusi Majlis Bandaran Tampines, Cik Cheng Li Hui; Mayor Daerah North East, Encik Desmond Choo; dan Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pengangkutan dan Naib Pengerusi Majlis Bandaran Tampines, Encik Baey Yam Keng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >