Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Masagos: Tanam semangat eratkan hubungan antara masyarakat setempat

Jun 05, 2019 | 11:48 AM

 

 

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed menyeru agar masyarakat Islam Singapura mengekalkan serta mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.

Mengulangi mesej yang disampaikan Mufti Negara, Dr Fatris Bakaram dalam khutbah Hari Raya Aidilfitri pagi tadi (5 Jun), Encik Masagos yang ditemui media selepas solat Hari Raya di Masjid Sultan berkata meskipun mesej tersebut bukanlah mesej baru dan sering ditekankan, namun ia menjadi lebih penting dalam suasana hari ini.

“Dalam suasana kita selalu menghadapi tekanan atau aksi terorisme, ini akan merenggangkan hubungan antara satu sama lain.

Berita Popular

“Tetapi kalau kita selalu menanam saham untuk selalu mengeratkan hubungan antara kita, tidak kira bangsa atau agama, ini akan menguatkan lagi apabila suasana kritikal berlaku pada sesiapa sahaja.

“Jadi saya harap kita dapat menitikberatkan hubungan yang harus kita terus jalin antara satu sama lain.

“Marilah kita sama-sama memikirkan bagaimana kita dapat terus menanam hubungan erat dan bermakna dengan semua. Dan jika ada terkilan atau hubungan yang terputus, maka jalinkannya kembali.

“Inilah antara mesej yang sangat penting bagi kita semua,” kata Encik Masagos.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map