Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos temui pelajar Singapura di Kuwait

Nov 04, 2019 | 07:02 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad telah bertemu beberapa pelajar Singapura yang sedang menuntut di Kuwait, termasuk pelajar institut pembelajaran tinggi Islam di sana.


Dalam majlis jamuan yang diadakan semalam, Encik Masagos berkongsi tentang program Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS), yang akan bermula April tahun depan.


“(Pelajar Singapura) telah berkongsi dengan kami aspirasi untuk meneroka prospek pekerjaan di luar laluan tradisional untuk asatizah.


“Mereka turut mengikuti usaha Singapura untuk memperbaiki dan memperkukuh keupayaan golongan asatizah.


“Para pelajar gembira apabila diberitahu bahawa melalui program PCICS, mereka sebagai asatizah masa hadapan, lebih bersedia untuk maju dalam kerjaya mereka dan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Singapura,” tulisnya dalam satu pos di Facebook.


PCICS bertujuan untuk membangunkan generasi asatizah yang yakin, bersikap ihsan, dan berkebolehan yang mampu mengaplikasikan sains tradisional Islam terhadap realiti dan konteks masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama.


Encik Masagos merupakan salah seorang menteri yang turut bersama dalam delegasi Presiden Halimah Yacob dalam lawatannya ke Kuwait dan Arab Saudi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >