Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos temui Sultan Brunei semasa lawatan

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kelmarin menemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar), dalam lawatannya ke Bandar Seri Begawan.



Dalam rangka lawatan selama tiga hari yang berakhir semalam, Encik Masagos juga telah berjumpa dengan Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, kelmarin.



"Kami memperkukuh hubungan akrab dan persahabatan antara Singapura dengan Brunei.



"Sedang kededua negara kami telah membuka semula sempadan, saya berkongsi dengan Baginda dan Yang Amat Mulia harapan saya agar lebih banyak program pertukaran akan diadakan tahun ini," kata Encik Masagos.



Beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata demikian dalam satu pos di Facebook, semalam.



Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sebelum ini, Encik Masagos juga dijadual menemui Menteri Ehwal Agama Brunei, Ustaz Badaruddin Othman; Menteri Budaya, Belia dan Sukan, Encik Nazmi Mohamad; serta Mufti Ustaz Abdul Aziz Juned.



Encik Masagos ditemani pegawai MSF dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam lawatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >