Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos tersentuh saf kembali rapat, harap lebih ruangan tersedia bagi solat tarawih

Mar 18, 2022 | 09:32 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad akur solat jemaah dengan saf yang dirapatkan merupakan perkembangan yang dinanti-nantikan masyarakat Islam di sini.



Menulis di Facebook, Encik Masagos berkata:



"Alhamdulillah, selepas sekitar dua tahun semenjak Covid-19 melanda, kini kita kembali melakukan solat berjemaah tanpa berjarak dengan merapatkan saf.



"Saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Siglap siang tadi dan ianya berjalan dengan lancar.



"Para jemaah dan saya berasa amat tersentuh dan bersyukur dengan perkembangan bersejarah ini, apatah lagi bersempena dengan Nisfu Syaban.



"Ia merupakan satu perkembangan yang amat dinanti-nantikan kita semua."



Beliau berkata perkembangan tersebut dapat dilakukan berkat kesabaran dan sumbangan masyarakat Islam bersama-sama seluruh negara mematuhi peraturan keselamatan Covid-19.



"Banyak pengorbanan dan penyesuaian besar yang telah dilakukan dengan begitu tabah dalam usaha kita menangani pandemik ini.



"Saya amat menghargai pengorbanan dan pelbagai penyesuaian yang dilakukan masyarakat kita," katanya.



Encik Masagos turut melahirkan rasa terima kasihnya terhadap kakitangan dan sukarelawan masjid-masjid yang gigih membuat persiapan di belakang tabir untuk membolehkan ibadah masyarakat secara am berjalan lancar.



Pun begitu, beliau menambah bahawa orang ramai tidak harus leka kerana Covid-19 masih berleluasa.



"Semoga dengan usaha bersama, kita boleh menikmati lebih banyak kelonggaran dan kembalinya lebih banyak acara atau kegiatan seperti lebih ruangan buat solat tarawih menjelang Ramadan ini, yang mirip seperti kehidupan sebelum Covid-19, inshaallah," tulis beliau.    




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >