MENJELANG akhir bulan suci Ramadan kali ini, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menekankan peri penting untuk terus meraikan semangat kebersamaan dan menyebarkan rahmah sesama masyarakat.
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan dan pertubuhan yang telah menyumbang kepada usaha memberi kesan positif dalam kehidupan orang lain.
“Di minggu terakhir Ramadan ini, marilah kita terus meraikan semangat kebersamaan, sifat ihsan serta semangat kewarganegaraan,” kata Encik Masagos dalam satu catatan Facebook pada Ahad mengenai majlis Buka Puasa 2023 anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Sabtu.
“Sepanjang tahun-tahun lalu, Muis telah bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi masyarakat untuk membantu bukan sahaja masyarakat Islam di Singapura, tetapi juga membantu golongan memerlukan.
“Yayasan Rahmatan Lil Alamin misalnya, telah mengumpulkan sukarelawan dari pelbagai pertubuhan agama untuk menghulurkan sokongan kepada keluarga memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.
“Usaha terpuji ini benar-benar mencerminkan semangat Singapura,” tambah Encik Masagos.
Majlis itu dihadiri lebih 100 tetamu termasuk pelbagai pemimpin masyarakat, rakan kongsi serta penerima zakat.
Majlis itu turut dihadiri Presiden Halimah Yacob yang berasa gembira dapat menyaksikan Ramadan 2023 dengan semangat gotong-royong yang sama seperti dahulu.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Masagos: Terus rai semangat kebersamaan, sebarkan rahmah
Apr 16, 2023 | 05:45 PM