Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Teruskan timba ilmu agar kekal relevan

Nov 03, 2019 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam digesa supaya terus menimba ilmu serta mencapai pendidikan yang sempurna dan membina supaya dapat kekal relevan dalam dunia yang semakin berubah dan mencabar.



Berucap di Pesta Pembelajaran 2019, yang diadakan di Our Tampines Hub semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Acara ini mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya ilmu dan pada dasarnya, untuk terus mencapai pendidikan yang sempurna untuk maju ke hadapan.



"Ini supaya mereka kekal relevan dalam suasana yang semakin berubah."



Pesta Pembelajaran selama dua hari itu merupakan acara kemuncak dan penutup sempena kempen Bulan Raikan Ilmu Yayasan Mendaki.



Ia bertujuan menggalak masyarakat supaya membudayakan pembelajaran dengan menyajikan pelbagai kegiatan pembelajaran untuk semua lapisan usia.



Ini termasuk kegiatan membangunkan kemahiran motor si cilik melalui pelbagai permainan di reruai Learn Thru' Play dan kegiatan amali seperti teknologi realiti terimbuh (AR) dan teknologi realiti maya (VR) bagi mempersiapkan belia dengan kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan.



Reruai Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Mendaki Sense yang menawarkan pelbagai kursus meningkatkan kemahiran juga disediakan di pesta itu.



Mengulas usaha yang dijalankan sejak Oktober lalu itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Rahayu Buang, berkata kempen Bulan Raikan Ilmu telah mengatasi jangkaan yang ditetapkan.



Kempen yang julung-julung kali diadakan selama sebulan itu telah menarik sokongan lebih 50 rakan kongsi yang bekerjasama menganjurkan pelbagai acara dan kegiatan di serata Singapura.



Gabungan acara dan kegiatan itu, termasuk Pesta Pembelajaran, telah menarik penyertaan lebih 10,000 peserta.



"AlhamdulilLah, sokongan yang diberikan oleh masyarakat, rakan kerja dan pemimpin masyarakat kita dalam menghadiri acara-acara ini amat memberangsangkan.



"Acara Pesta Pembelajaran kali ini dan segala kegiatan dan program yang dijalankan oleh Mendaki dalam Bulan Raikan Ilmu menjadi satu pemangkin untuk kita meneruskan usaha kita meningkatkan lagi pencapaian kita, untuk mendapatkan ilmu yang lebih dan membudayakan ilmu sepanjang hayat," tambah Cik Rahayu.



Pesta Pembelajaran akan berlangsung sehingga hari ini, bermula 10 pagi hingga 8 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >