Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Tiada negara boleh tangani isu perubahan iklim secara sendirian

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



TIADA negara yang boleh menangani kesan perubahan iklim secara sendiri, justeru adalah penting untuk Singapura menyertai dialog global serta menyumbang pandangan, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed.



Beliau berkata demikian tentang penyertaan Singapura dalam Dialog Iklim Petersberg (PCD) ke-9 di Berlin, Jerman serta mesyuarat Peringkat Menteri mengenai Tindakan Iklim (MoCA) yang ke-2 di Brussels, Belgium.



Encik Masagos, yang juga Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, mewakili Singapura di PCD pada 17 hingga 19 Jun serta menghadiri (MoCA) yang berlangsung daripada 20 hingga 21 Jun.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (Mewr), Encik Masagos berbesar hati Singapura dapat menyumbang kepada perbincangan tentang tindakan iklim dan pelaksanaan Perjanjian Paris di kedua-dua mesyuarat tersebut, menjelang Sidang Pihak-Pihak bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC COP), ke-24 pada Disember nanti.



"Tiada negara yang boleh menangani kesan daripada perubahan iklim secara sendirian - adalah penting bagi Singapura mengambil bahagian dalam dialog-dialog global sedemikian untuk menyumbang pandangan kita tentang peraturan di bawah Perjanjian Paris dan tindakan iklim antarabangsa.



"Menerusi pertukaran ini, kita belajar daripada pengalaman negara lain, menjalin perikatan dan mengetengahkan kepentingan negara mahupun rantau kita," jelas Encik Masagos.



Beliau menambah, perspektif yang ditimba Singapura daripada mesyuarat-mesyuarat itu akan meletakkannya dalam kedudukan baik, sedang negara ini bersiap sedia menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Khas Menteri Asean tentang Tindakan Iklim (SAMCA) dan SAMCA-Diluaskan (termasuk China, Jepun serta Korea Selatan) pada 10 Julai nanti.



Dalam pada itu, semasa di MoCA, Encik Masagos telah menyentuh empat isu utama dalam usaha pihak-pihak terlibat memuktamadkan garis panduan bagi Perjanjian Paris.



Antara lain, beliau menarik perhatian tentang perlunya bagi garis panduan perjanjian itu agar memberi jaminan terhadap kedaulatan semua pihak, jaminan mengenai matlamat usaha iklim dan jaminan sokongan untuk negara-negara sedang membangun akan ditingkatkan bagi merangsang tindakan dalam jangka panjang.



Encik Masagos turut menggesa semua pihak supaya bekerjasama menerusi cara yang membina bagi memuktamadkan garis panduan itu menjelang UNFCCC COP ke-24, bagi mencerminkan semangat Perjanjian Paris dan memastikan tindakan iklim yang berkesan oleh masyarakat antarabangsa.




"Tiada negara yang boleh menangani kesan daripada perubahan iklim secara sendirian - adalah penting bagi Singapura mengambil bahagian dalam dialog-dialog global sedemikian untuk menyumbang pandangan kita tentang peraturan di bawah Perjanjian Paris dan tindakan iklim antarabangsa. Menerusi pertukaran ini, kita belajar daripada pengalaman negara lain, menjalin perikatan dan mengetengahkan kepentingan negara mahupun rantau kita."
- Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, tentang penyertaan Singapura dalam Dialog Iklim Petersberg (PCD) ke-9 di Berlin, Jerman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >